CLOSE
CLOSE

"Turki Lebih Selamat Dari Amerika Syarikat." - Lindsay Lohan

Pernah dilabel syaitan akibat berjalan sambil memegang Al-Quran.


  • Share:


Gambar: Daily Mail dan The Source
Akibat telah memadam kesemua foto di akaun Instagramnya yang mempunyai lebih 5 juta pengikut baru-baru ini serta meletakkan ‘Alaikum Salam’ pada ruangan info di laman sosial tersebut, pelakon Mean Girls, Lindsay Lohan telah menimbulkan tanda tanya pada seluruh dunia samada dia telah memeluk agama Islam. 

Lindsay Lohan juga menerusi sebuah rancangan temubual sebuah stesen TV di Turki, mengakui berasa lebih selamat berada di negara Turki berbanding Amerika Syarikat. Menurut Lindsay, di Turki dia bebas untuk menjadi seorang wanita dan ia sesuatu yang menakjubkan. Dia boleh buat apa sahaja yang dia mahukan dan tetap akan diterima. 

Hal ini berbeza di negara asalnya, Amerika Syarikat apabila dia telah dilabel sebagai syaitan hanya kerana memegang Al- Quran. Pada tahun 2015 juga menyaksikan Lindsay pernah dikecam teruk oleh masyarakat negara itu kerana dia berjalan sambil memeluk Al-Quran di Brooklyn, New York. 

Sebelum itu Lindsay pernah memberitahu mahu mengubah dirinya ke arah yang lebih baik disamping mendalami ilmu agama. Tambahnya lagi, "Saya seorang yang sangat terbuka untuk belajar dan mendalami ilmu agama. Tetapi rakyat Amerika mempunyai pandangan tersendiri mengenai Al-Quran tanpa mengetahui apa yang mereka fikirkan itu tidak benar,” ujarnya.

Sumber: Astro Gempak

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top