CLOSE
CLOSE

Dafi Beralih Arah?

Selesa, tapi menafikan itu arah tujunya.


  • Share:

Dafi Beralih Arah?
Dafi mulai selesa mencuba pelbagai cabang seni. (Kredit Gambar: Instagram Dafi @dafiismailsabri)

Tidak keterlaluan andai di katakan Dafi adalah antara artis pelapis serba boleh. Sejak tamat menyertai program realiti Akademi Fantasi musim kelima, bakatnya semakin menyerlah. Bukan saja menyanyi tetapi juga berlakon.

Malah lakonannya di pentas teater baru-baru ini juga mendapat pujian dengan aksi komedi bersahaja yang dilakonkan. Tercuit juga hati bila melihat aksi komedi lakonan Dafi.

Rojak Daily Kaw! Sempat menemui pemiliki nama sebenar Gadafi Ismail ini untuk bertanya kepada dirinya adakah kini dia mahu menukar angin menjadi pelawak.

Dafi selesa membawa watak komedi. (Kredit Gambar: Instagram Dafi @dafiismailsabri)

“Saya selesa mencuba apa saja bidang seni andai berpeluang, mengapa tidak kerana sebagai anak seni kita wajar mencuba setiap cabang yang ada.

 “Bagi saya selagi ada fokus dalam melakukan sesuatu tidak salah kerana kita tahu apa yang kita lakukan,” katanya yang memang peramah.

 Beralih bidang sebagai pelawak, bagi Dafi, 28, itu bukan hala tuju dirinya, tetapi dia selesa melakonkan watak komedi.

Dafi kini hadir dengan single terbaru bertajuk 'Girl'. (Kredit Gambar: Instagram Dafi @dafiismailsabri)

Akui penyanyi lagu Bila Terasa Rindu ini, pada awalnya dia sendiri risau untuk melakonkan watak komedi kerana bimbang peminat dan penonton tidak boleh terima. Selepas mencuba, rupa-rupanya Dafi memang ada bakat melawak.

Lebih menarik, dia mendapat maklum balas positif dan ramai yang memuji lakonannya.

 “Risau juga pada mulanya, bukan senang untuk buat orang ketawa. Bila orang suka saya pun lega,” katanya.

Dafi muncul membawakan watak komedi dalam pementasan teater Maduku Kalut Returns, Dia Semanis Honey Muzikal dan drama rantaian Dia Semanis Honey lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana.

Gembira single terbaru terpilih sebagai lagu tema drama bersiri di Astro Ria. (Kredit Gambar: Instagram Dafi @dafiismailsabri)

Mengenai kerjaya muziknya, dia baharu saja melancarkan single berjudul Girl yang juga menjadi lagu tema bagi drama bersiri yang sedang disiarkan di Astro Ria bertajuk 'Sayang Papa Saya Tak' lakonan Hisyam Hamid dan Emma Maembong.

“Saya gembira kerana lagu ini terpilih dan ia adalah kesinambungan bagi kerjaya nyanyian saya. Projek album solo juga sedang berjalan dan memang memakan masa,” katanya yang enggan terburu-buru menyiapkan album.

House of Paradox menjadi satu lagi cabang perniagaan Dafi. (Kredit Gambar: Instagram Dafi @dafiismailsabri)

 Bukan itu saja, pemilik syarikat pengurusan artis LOL Entertainment ini juga kini mengembangkan perniagaannya membuka kedai haiwan peliharaan (kucing) yang dikenali sebagai House of Paradox di Petaling Jaya.

 Dafi memang terkenal menggemari haiwan peliharaan termasuk pernah memelihara seekor ular serta beberapa binatang peliharaan lain.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top