CLOSE
CLOSE

Bakat Muda Dicungkil Sifu Muda

Mentor Milenia 2017 bakal menyaksikan Hazama, Akim, Black dan Tomok mencari pelapis baharu penghibur tanah air.


  • Share:

Bakat Muda Dicungkil Sifu Muda
Barisan Mentor bersama Pengurus Besar Kumpulan Jenama Dan Rancangan TV3 & TV9 dan pihak penaja (Kredit Gambar: Badrul Hashim)

Dengan tumpuan kepada mereka yang berumur antara 17 hingga 21 tahun, program Mentor Milenia yang masuk musim kedua ini pastinya mencari penghibur yang mampu bertahan lama di dalam industri seni suara.

Apatah lagi dengan kehadiran mentor-mentor yang masih muda tetapi kaya dengan pengalaman, bersemangat dan menjadi ikutan ramai seperti Hazama, Black, Akim dan Tomok, Mentor Milenia 2017 menampakkan usaha yang sangat positif untuk memperkayakan lagi barisan pelapis baharu penghibur tanah air.

Bekas juara Mentor Milenia tahun lalu, Hazama, bersama dengan bakal protégé pilihan beliau, dari kiri: Balqis, Saiful dan Iffah Syahira (Kredit Gambar: Badrul Hashim)

Lebih memberangsangkan apabila proses permakahan melibatkan juri dan juga penonton. Bermakna, mereka bukan sahaja dilihat berpontesi untuk terus mengharungi industri ini, tetapi populariti yang diraih mereka ketika rancangan ini berlangsung turut diambil kira.

Black bersama bakal protégé pilihannya, dari kiri: Faiszal, Syaheera dan Afif. (Kredit Gambar: Badrul Hashim)

Juri profesional dan juri tetap akan menyumbang kepada 50% markah keseluruhan, 30% markah pula oleh peminat-peminat menerusi laman web rasmi Mentor Milenia dan 20% lagi diserahkan kepada juri awam di studio.

Akim yakin bakal protégé pilihan beliau mampu memberikan saingan yang sengit. Dari kiri: Farhan, Angelica dan Jannah. (Kredit Gambar: Badrul Hashim)

Paling menarik, di peringkat awal ini kesemua mentor mempunyai tiga orang bakal protégé tetapi hanya dua orang protégé sahaja akan dipilih untuk bertanding di konsert mingguan.

Walaupun kali pertama menyertai, Tomok mempunyai pengalaman paling lama di dalam industri. Bakal protégé beliau, dari kiri: Rozaimi, Qhalysa dan Adam. (Kredit Gambar: Badrul Hashim)

Fakta menarik tentang Mentor Milenia 2017

• Hazama, Akim dan Black dikekalkan manakala Tomok masuk menggantikan Azlan sebagai mentor

• Mentor Milenia 2017 bakal bersiaran pada 5hb Februari, 2017

• Rancangan ini di hoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh

• Konsert secara langsung akan diadakan di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

• Datuk Hattan dilantik sebagai juri tetap dan akan bersama juri profesional jemputan setiap minggu

• Faizal Uzir atau Lok-U adalah pengarah muzik untuk Mentor Milenia 2017

• Juara Mentor Milenia 2017 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000

Jom tengok video sesi pengenalan kepada protégé ini dan pesanan mentor masing-masing.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top