CLOSE
CLOSE

Zoey Rahman Nafi Akan Berkahwin Wanita Bergelar Datuk

Gambar yang dimuat naik di Instagram disalah ertikan.


  • Share:

Zoey Rahman Nafi Akan Berkahwin Wanita Bergelar Datuk
(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

Seperti lelaki lain, pelakon dan ahli perniagaan, Zoey Rahman juga mendambakan hari bahagia di samping insan tercinta. Tapi hakikatnya Zoey masih lagi solo. Cuma gara-gara gambar dan video dimuat naik Zoey ke laman Instagram yang memaparkan dirinya sedang bergambar dengan seorang wanita untuk fotografi pra perkahwinan, ada yang mula mengandaikan dirinya akan berkahwin tak lama lagi.

Penggambaran itu dilakukan di Iceland bulan Februari lalu membabitkan dirinya dan seorang pereka fesyen bernama Datuk Nadia Marni.

(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

“Eh itu bukan gambar pra perkahwinan saya yang betul. Ia hanya untuk penggambaran iklan bagi kamera jenama Sony. Saya dimaklumkan ia akan ditayangkan bagi slot iklan di pawagam. Penggambaran itu pun tiada kaitan dengan hari bahagia saya di alam realiti. Saya masih belum berpunya dan wanita dalam iklan itu pun berkawan baik dengan diri ini.

(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

“Jadi memang tak wujud cerita saya akan berkahwin dengan wanita bergelar Datuk pun atau sedang menghitung hari bahagia. Saya kenal Datuk Nadia pun sudah setahun lebih. Kalau betul saya akan kahwin, memang hal itu akan dihebah dengan baik,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Kata Zoey penggambaran iklan itu mengambil masa tiga hari.

(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

“Dengan keadaan cuaca sejuk di Iceland, saya sendiri memang kena jadi tabah melawan cuaca itu kerana fotografi yang dilakukan memakai baju tanpa jaket tebal. Tapi ia pengalaman yang cukup menyeronokkan. 

“Dalam iklan itu, digambarkan saya dan Datuk Nadia sedang melakukan penggambaran pra perkahwinan dengan seorang jurugambar,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top