CLOSE
CLOSE

Saya Tahu Betapa Bencinya Keluarga Dia Kepada Saya. Ditambah Pula Dengan 'Hasutan' Orang Yang Lama.” - Fasha Sandha

Fasha minta belajar hormati privasi dirinya.


  • Share:

Saya Tahu Betapa Bencinya Keluarga Dia Kepada Saya.   Ditambah Pula Dengan 'Hasutan' Orang Yang Lama.” -   Fasha Sandha
Fasha tidak mampu lagi memendam rasa. (Kredit Gambar: Instagram Fasha Sandha @fashasandha)

Di sebalik sisi kekuatan yang dipamerkan Fasha Sandha sebagai ibu tunggal kepada dua anak selama ini, Rojak Daily Kaw! sedar wanita itu juga manusia biasa yang ada kalanya tidak mampu mendepani dugaan hidup dan semua mendatang seorang diri.

Selepas dilihat berjaya menguruskan berat badan dan tampil dengan imej segar dengan potongan rambut pendek, entri Fasha di laman Instagram dua malam lalu cukup mengejutkan ramai pihak.

Pelakon jelita itu secara jelasnya sudah seperti menyimpan sesuatu yang sudah lama disimpan erat. Dua entri yang dimuat naik Fasha di laman Instagram dua malam lalu mendedahkan privasi hidupnya bagai diganggu oleh seseorang.

Fasha akan mendedahkan semuanya jika privasinya terus diganggu. (Kredit Gambar: Instagram Fasha Sandha @fashasandha)

Fasha turut mendedahkan yang dia juga menyimpan bukti berupa rakaman suara, mesej dan lebih seribu panggilan tidak berjawab.

“Kalau nak dihitung, sudah dekat beribu panggilan tidak berjawab saya terima pada masa yang pelik, mesej dan rakaman suara yang dirakam. Saya akan gunakan demi membela diri saya, demi maruah saya. Belajar menghormati privasi saya. Please get well soon to you and family. Akan ku buka satu demi persatu.

“Biar semua orang tahu kisah sebenar. Demi membela diri, silalah berikan ini kepada pihak mereka. Agar mereka sedar siapa yang gila,” tulisnya di laman bergambar popular itu.

Menurut Fasha selama ini, dia tidak suka berkongsi hal seumpama itu di laman sosial.

Fasha tampil dengan imej yang lebih segar. (Kredit Gambar: Instagram Fasha Sandha @fashasandha)

“Tapi mungkin malam ini (merujuk kepada dua malam lalu), saya buat untuk kebaikan diri dan keluarga.

“Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga. Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia supaya saya tidak bersama dengan dia. Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan 'hasutan' orang yang lama.” jelas Fasha.

Fasha bersama cinta hati beliau. (Kredit Gambar: Instagram Fasha Sandha @fashasandha)

“Apapun, Takdir Allah kami bersama. Masa berlalu, ia tidak berkekalan diatas 'sebab-sebab tertentu'. Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya. Saya cuma berharap ada yang dapat memberikan kesedaran kepada mereka bahawa bukan saya yang tergila- gilakannya tetapi dia. Semuanya berbukti,” tulisnya lagi.

Fasha kini dilihat bahagia hidup solo. Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, 40, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Fasha dan Rizal dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 3, serta Putri Raysha Jemyma, 2.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top