CLOSE
CLOSE

Indah Bakal Tamat Zaman Bujang

Selepas tiga tahun mengikat tali pertunangan, sudah tiba masanya diakhiri dengan perkahwinan.


  • Share:

Indah Bakal Tamat Zaman Bujang
Indah minta peminat doakan yang terbaik. (Kredit Gambar: Instagram Indah Ruhaila @indahruhaila)

Rojak Daily Kaw! sebelum ini berkongsi cerita penyanyi bersuara sedap Indah Ruhaila ke Jepun untuk satu misi rahsia.

Ada yang khabarkan, Indah ke sana untuk tujuan merakamkan foto pra perkahwinan dengan sang arjuna hati.

Menafikan perkara itu, Indah berkata tunangnya yang dikenali sebagai R tidak ikut serta kunjungannya ke negara mata hari terbit itu.

Akan berkongsi bila semuanya sudah dirancang sebaik mungkin. (Kredit Gambar: Instagram Indah Ruhaila @indahruhaila)

"Bukan foto pra perkahwinan. Jauh sangat tu sampai ke Jepun," katanya tertawa.

Namun begitu, penyanyi Semua Untuk  Cinta ini mengakui akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini.

Indah berkata, semuanya sedang dalam perancangan dan meminta agar semua peminat mendoakan yang terbaik.

"Kalau ikutkan awal tahun. Tapikan kita hanya mampu merancang dan Allah yang lebih tahu untuk menentukan.

"Insya-Allah bila semua sudah sah saya akan kongsikan nanti," katanya.

Bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 itu mengikat tali pertunangan selama tiga tahun dengan seorang pengurus akaun sebuah syarikat swasta di Johor Bahru yang dikenali sebagai R.

Sibuk mempromosikan single Semua Untuk Cinta. (Kredit Gambar: Instagram Indah Ruhaila @indahruhaila)

Mengenai kerjaya nyanyiannya yang seakan perlahan selepas kecemerlangan lagu Percayalah, Indah berkata semuanya berkaitan rezeki.

Indah berkata dirinya yakin dengan ketentuan Allah.

Sebelum Indah, pelakon Siti Saleha dan Ummi Nazeera turut mengumumkan mereka bakal bergelar isteri selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

Meriahlah majlis kahwin selepas Hari Raya nanti.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top