CLOSE
CLOSE

Raja Azmi Terbit Kisah Sidek Cucuk Botox Gambaran Zaman Muda

Filem ini akan menggambarkan semula zaman kegemilangan Malaysia menang Piala Thomas pada tahun 1992.


  • Share:

Raja Azmi Terbit Kisah Sidek Cucuk Botox Gambaran Zaman Muda
Filem ini akan menggambarkan fasa zaman muda Sidek yang berdepan pelbagai rintangan yang tidak diketahui ramai. (Gambar: rajaazmi - Instagram)

Sudah menjadi lumrah, filem genre kenegaraan kurang mendapat sambutan dalam kalangan penonton di negara ini dibandingkan genre lain seperti romantik komedi dan seram. Namun, usaha penggiat seni tanah air dalam menghasilkan filem sejarah tidak seharusnya dipinggirkan.

Menyedari kepentingan itu, produser filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman kembali menerbitkan filem terbaru yang membawa genre kenegaraan merujuk kepada kisah kejayaan keluarga Datuk Sidek Abdullah Kamar yang melatih empat anaknya, Misbun, Rashid, Jalani dan Rahman yang pernah mencatat sejarah pencapaian badminton negara di peringkat dunia.

Produser filem ... Dalam Botol ini berkata, filem ini masih dapat proses praproduksi yang memohon bantuan bajet sebanyak RM5 juta menerusi Dana Filem Kenegaraan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Secara ringkas, Raja Azmi menyatakan filem ini akan menyingkap sejarah bekas bapa mentuanya itu ketika di zaman muda ketika berusaha membuka gelanggang badminton dan melatih anak-anaknya menjadi pemain badminton yang hebat.

"Arwah (Sidek) sebelum meninggal dunia dulu pernah cakap pada saya sebagai menantu yang rapat, jika sesiapa nak buat filem pasal Abah, engkaulah orangnya. Sebelum ini ada orang lain mahu membuat filem dokumentari mengenainya tetapi arwah tidak bagi. Walaupun saya sudah bercerai dengan Jalani, kata-katanya itu masih tergiang dalam fikiran untuk saya tunaikan hajatnya," katanya ketika ditemui Rojak Daily Kaw! di Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Tambahnya, filem ini akan menggambarkan fasa zaman muda Sidek yang berdepan pelbagai rintangan yang tidak diketahui ramai antaranya menjual kebun dan 'mencuri' geran tanah membuat gelanggang untuk anak-anak bermain badminton.

"Orang lain tuduh Sidek buat kerja gila kerana habiskan duit untuk melatih anak-anak bermain badminton. Sampaikan pada zaman usia emas, beliau masih berkawan dengan seorang Apek penjual ikan yang pernah bantu memberi pinjam beras padanya ketika susah dulu. Pelbagai kenangan mengenai arwah akan dipaparkan semula termasuk 'drama' antara Misbun dengan abahnya dan adegan kejohanan Piala Thomas pada tahun 1992 yang akan dirakam bersama 'footage' asal pertandingan itu," jelasnya.

Sebagai pencinta seni, Raja Azmi bersikap positif agar filem ini meraih sambutan di pawagam kelak. Dia kini yang sudah mendapat penajaan sebanyak RM2 juta turut memberi fokus pada skrip dan menariknya, pelakon watak Sidek itu nanti akan disuntik botox untuk menggambarkan zaman muda tokoh badminton negara itu.

 

 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top