CLOSE
CLOSE

Ruhainies Tak Tidur Dua Hari Demi Komitmen Kerjaya

Tetap selesa menguruskan kerjaya seni tanpa pihak pengurusan.


  • Share:

Ruhainies Tak Tidur Dua Hari Demi Komitmen Kerjaya
Sentiasa mengejar masa. (Gambar: Aishah Aziz)

Bukan senang bergelar anak seni dan banyak perkara yang perlu dikorbankan, akui pelakon kecil molek Ruhainies.

Kongsi empunya diri, beliau pernah tidak tidur selama dua hari kerana terikat dengan komitmen kerjaya lakonan dan duta produk. Bukan merungut, namun semua itu adalah asam garam yang perlu ditempuh.

"Bukan senang untuk senang dan kita perlu berkorban. Apapun kita perlu bijak membahagikan masa.

"Walaupun letih tidak tidur, saya akan pastikan mendapatkan rehat yang secukupnya selepas selesai tugasan yang perlu dilunaskan," ceritanya kepada Rojak Daily Kaw!

Selesa uruskan kerjaya sendiri.

Bercerita lanjut, pelakon yang mula dikenali menerusi Hello Mr Perfect ini berkata dirinya bagaimanapun tetap selesa menguruskan kerjaya seni sendiri tanpa pihak pengurusan.

Beliau berkata, setakat ini semua jadual aktiviti seninya diuruskan sendiri oleh beliau dan ada kalanya dibantu ibunya sendiri.

"Saya selesa lakukan sendiri kerana bagi saya lebih baik berurusan terus dengan saya tanpa pihak ketiga.

"Baik atau buruk saya tanggung sendiri," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai dirinya yang kononnya bakal menjadi suri hati kepada pelakon Azrel Ismail, Ruhaines hanya tertawa dan memberitahu mereka hanya berkawan baik.

Beliau tidak menafikan mempunyai perasaan sayang pada Azrel yang diakui seorang lelaki yang baik, namun ia hanya atas dasar sahabat.

Bakal menyambut Ramadhan di London.

"Azrel memang lelaki yang paling rapat dengan saya dan mengambil berat. Kami banyak kongsi cerita dan pendapat.

"Saya anggap dia abang saya dan kalau dia mahu kahwin pun pasti saya yang tahu dulu," katanya.

Ruhainies berkata, fokus utamanya kini ialah untuk terus menguatkan empayar kerjaya seninya dan merebut peluang yang ada untuk bergelar pelakon yang baik.

Ruhainies bakal terbang ke Kota London bulan depan untuk penggambaran telefilem Cik Dina Pakai Prada ke Paris serta drama Kelip-Kelip Kota London.

Beliau berkata berkemungkinan dirinya akan menyambut puasa di sana.

Selain itu, beliau juga sedang sibuk di lokasi penggambaran drama 11 episod berjudul Menantu Bila yang bakal disiarkan Ramadan nanti. Selain itu beliau juga akan turun ke lokasi penggambaran telefilem Bidadariku.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top