CLOSE
CLOSE

“Saya Lebih Berhati-Hati Memilih Kawan.” - Mimi Lana

Disyaki terlibat dengan dadah merupakan episod paling hitam di dalam hidup.


  • Share:

“Saya Lebih Berhati-Hati Memilih Kawan.” - Mimi Lana
Bangkit untuk buktikan bakat dan kemampuan. (Gambar: Z.Nadzri)

Kesilapan adalah ‘sekolah’ yang paling mahal untuk memperbaiki diri dan situasi itulah yang terpaksa dilalui oleh pelakon drama Sein dan Luna, Mimi Lana, 22 apabila dia disyaki terbabit dengan dadah, dua tahun lalu.

“Kejadian itu benar-benar melemahkan semangat saya tetapi saya seolah-olah mati hidup semula apabila didapati tidak bersalah. Lalu saya ‘bangkit’ kembali dan nekad membuktikan bakat dan kemampuan diri.

Kesilapan adalah 'sekolah' yang paling mahal.

“Sebenarnya bukan senang untuk mencari tapak semula dalam bidang lakonan tetapi itulah yang terpaksa saya lakukan dan apabila saya diambil berlakon dalam drama Sein dan Luna, saya rasakan rezeki mula menyebelahi saya dan tak akan saya persiakan lagi,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Dia yang memiliki nama sebenar, Mimi Roziana Zainal Abidin, 22, perlahan-lahan melupakan episod hitam dalam hidupnya itu sekali pun berdepan kesukaran gara-gara namanya pernah digam oleh sesetengah stesen TV.

“Apa yang berlaku dua tahun lalu banyak beri pengajaran kepada saya dan apa yang saya cuba lakukan ketika itu adalah mencari kekuatan untuk bangkit semula.

Membalas peluang kedua dengan komitmen kerja.

Paling penting kejadian itu membuatkan saya lebih kenal orang sekeliling dan kini berhati-hati berkawan,” katanya.

Mimi yang memulakan kerjaya lakonan seawal usia 18 tahun berkata, berkat kesabaran dan disiplin kerja yang ditunjukkan membolehkan dia terus diberikan kepercayaan dan membalas semula peluang kedua yang diberikan kepadanya itu dengan menjaga disiplin serta komitmen kerja.

Populariti bukan segala-galanya.

“Saya memberikan apa yang termampu untuk setiap watak yang diberikan pengarah kerana tujuan utama saya menyertai industri ini untuk mencari rezeki. Saya tidak terlalu memilih, mana tawaran datang dulu dan sesuai, saya akan terima.

“Populariti bukanlah segalanya, apa yang lebih penting adalah kualiti kerja,” katanya.

Perkembangan lain, Mimi kini terbabit dengan penggambaran drama bersiri 50 episod berjudul Cinta Koko Coklat dan dia juga akan ke lokasi telefilem Fatihah Untuk Mama, Menantu Second Class dan Dodol Untuk Menantu.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top