CLOSE
CLOSE

Belum Terlambat Untuk Ucapkan Tahniah!

Juliana Evans kini bergelar isteri Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah


  • Share:

Belum Terlambat Untuk Ucapkan Tahniah!

Maklumlah, perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Rugi rasanya bagi kami di Rojak Daily Kaw! untuk tidak mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai.

Selepas dua tahun berkenalan, Juliana Evans, 27 akhirnya selamat melangsungkan pernikahan dengan arjuna hati pilihannya, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, di di Shah Alam.

Pemilik nama sebenar Juliana Sophie Johari Evans selamat diijab kabul bersama suaminya yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu dengan sekali lafaz di sini pada jam 10.45 pagi, 30 April lalu.

Pasangan sama padan sama cantik berkenaan dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd. Rasid bin Mahful.

Majlis resepsi bakal diadakan selepas Aidilfitri.

Pelakon filem Bella dan Jamie itu tidak mengikat tali pertunangan sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.

Juliana ketika bercakap selepas majlis itu meluahkan kesyukuran kerana hari bersejarah ini berjalan lancar dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-belah pihak.

"Alhamdulillah, saya kini sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah. Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga. Dan saya berharap agar peminat terus mendoakan kebahagiaan kami," jelas Juliana yang akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa selepas ini.

Majlis resepsi pasangan itu dijangka akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top