CLOSE
CLOSE

Raih Kejayaan Di Taiwan, Jessie Chung Mahu Tembusi Pasaran Thailand, Australia

Album terbaru penyanyi tempatan ini berjaya menerima anugerah platinum.


  • Share:

Raih Kejayaan Di Taiwan, Jessie Chung Mahu Tembusi Pasaran Thailand, Australia
Jessie bekerjasama dengan Neil McLean selaku pengurus artis yang berpengalaman untuk menembusi pasaran muzik antarabangsa di Taiwan, Thailand dan Australia. (Gambar: Jessie Chung - Facebook)

Perkembangan pesat teknologi digital pada zaman kini nyata memberi kesan dan perubahan besar pada perniagaan dan masyarakat secara global. Jika dahulu peminat memilh album berbentuk fizikal seperti kaset dan cakera padat (CD) tetapi kini segalanya lebih mudah di alam maya.

Pilih saja lagu kegemaran, ianya boleh dimuat turun ke telefon pintar dengan mudah dan pantas. Bagaimanapun, memiliki album fizikal masih memberi kepuasan kepada penyanyi sebagai koleksi peribadi dan buah tangan buat peminat.

Pencapaian terbaik juga dikongsi penyanyi tempatan, Jessie Chung yang meraih sambutan positif peminat di Taiwan menerusi album keduanya berjudul Be Strong. Menariknya, album tersebut mencatat jualan 15,000 unit dalam tempoh tiga bulan di pasaran sehingga melayakkannya menerima anugerah platinum.

Meskipun jumlah jualan itu dianggap kecil tetapi merujuk pada situasi pasaran muzik ketika ini yang dikuasai teknologi digital, pencapaian Jessie ini memberi kebanggaan padanya yang dikongsi bersama peminat.

Jessie menerima anugerah platinum selepas kejayaan mencatat jualan album sebanyak 15,000 unit.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) merangkap Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy menyatakan Jessie sebelum ini berjaya menembusi pasaran di Taiwan menerusi album terdahulu, There You Are yang turut mencatatkan sambutan menggalakkan.

Kesinambungan album tersebut, Jessie kembali dengan single Be Strong yang berjaya mengungguli carta jualan album antarabangsa Five Music dan carta lagu antarabangsa, i Radio dalam tempoh dua minggu mengadakan aktiviti promosi. Jessie menyifatkan kejayaan ini atas sokongan positif pihak media dan peminat di sana.

Dua kejayaan ini menandakan Jessie sebagai satu-satunya penyanyi tempatan yang meraih pencapaian tersebut di sana. Jessie juga menyatakan dia tidak menyangka album terbaru kali ini yang dterbitkan di bawah label, Future Entertainment & Music Group Australia melonjak dirinya sebagai penyanyi Malaysia yang popular di Taiwan.

Dalam pada itu, Jessie akan meluaskan pengaruh muziknya di Australia menerusi Neil McLean sebagai pengurus artis yang berpengalaman selama 33 tahun di media dan kini terkenal selaku produser televisyen dan pengacara di negara itu. Begitu juga, syarikat label Jessie juga merancang aktiviti promosi album terbaru ini ke Thailand pada Ogos nanti diikuti Australia pada Oktober.

 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top