CLOSE
CLOSE

Ada Orang Cuba Sabotaj Siti Nordiana?

Kali terakhir berada di set penggambaran adalah pada tahun lalu.


  • Share:

Ada Orang Cuba Sabotaj Siti Nordiana?
Nana tidak mahu tuduh sesiapa. (Gambar: Alexander Hadreez jr.)

Sepanjang hampir dua dekad menceburi bidang seni, penyanyi Siti Nordiana seboleh mungkin enggan menyusahkan mana-mana pihak, terutama apabila membabitkan soal kerja. Malah, disiplin adalah antara perkara sangat ditekankan oleh pihak pengurusannya.

Bagaimanapun apabila baru-baru ini dia dituduh datang lambat ke sebuah lokasi penggambaran seperti yang tersiar dalam sebuah akhbar, baru-baru ini, sudah tentu berita itu cukup mengejutkan dirinya.

“Saya sendiri keliru lokasi penggambaran mana yang dimaksudkan kerana kali terakhir saya berada di set adalah sekitar tahun lalu. Biasanya, pengurus saya akan membuat call time dua jam lebih awal bagi memudahkan semua pihak.

Enggan panjangkan cerita.

“Begitupun, saya boleh mengagak program yang dimaksudkan itu kerana saya ada meminta produksi terbabit untuk mempercepatkan giliran saya kerana selepas itu, saya ada terbabit dengan persembahan sebuah acara anugerah dan perlu membuat latihan,” cerita Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana kepada Rojak Daily Kaw!

Pelayaran Bersama Siti Nordiana.

Walaupun terkejut dan mendakwa sedikit keliru dengan cerita itu berikutan dirinya sendiri tidak tahu lokasi penggambaran dimaksudkan, namun Nana lebih selesa untuk bersikap positif ketika berdepan situasi sebegitu.

Malah, penyanyi yang baru sahaja muncul dengan single Terus Mencintai ini juga enggan menuduh mana-mana pihak kononnya cuba melakukan sabotaj terhadap kerjayanya apabila membangkitkan perkara itu kepada pengetahuan media.

Sidang Media di PWTC baru-baru ini.

“Kalau boleh saya tak mahu memanjangkan perkara ini. Kepada mana-mana pihak yang terasa dan menganggap perbuatan saya itu menyusahkan mereka, saya memohon maaf,” ujar pelakon berusia 32 tahun ini ketika ditemui pada sidang media Showcase Pelayaran Sambil Menderma bersama Siti Nordiana itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Showcase selama 2 hari 1 malam itu akan berlangsung pada 12 hingga 13 Ogos 2017, menaiki Super Star Libra Cruise dan belayar di sekitar Pulau Pinang. Tiket boleh didapati dengan melayari laman web www.ilassoticets.com. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-21706333.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top