CLOSE
CLOSE

“Saya Tidak Pernah Berhenti Belajar Menjadi Pelakon.” - Syafie Naswip

Berguru dengan pelakon-pelakon berpengalaman melalui bengkel untuk mempertingkatkan tahap lakonan.


  • Share:

“Saya Tidak Pernah Berhenti Belajar Menjadi Pelakon.” - Syafie Naswip
Walaupun telah memenangi pelbagai anugerah, pembelajaran tentang lakonan masih terus dilakukan. (Gambar: Instagram @syafienaswip)

Meraih gelaran Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) 2007 menerusi penampilan sulung di arena lakonan sudah cukup membuktikan bakat Syafie Naswip.

Sepuluh tahun berlalu dan sepanjang tempoh itu dua lagi trofi yang menjadi dambaan aktor lain berjaya dirangkul di anugerah sama. Namun deretan pengiktirafan tidak membuatkan pelakon berusia 25 tahun ini puas dengan pencapaian diri sebaliknya gigih mencari guru untuk terus menggali ilmu lakonan.

Kurangkan aktiviti seni sempena Ramadan.

Katanya, aktiviti seni sepanjang Ramadan ini sengaja dikurangkan bagi membolehkannya mengikuti bengkel lakonan, selain memperuntukkan masa bersama keluarga.

"Saya tidak ambil tawaran pada bulan puasa tahun ini kerana mahu berehat sambil belajar semula memandangkan banyak perkara yang perlu saya gali untuk memantapkan lakonan. Kalau setakat dua tiga hari shooting, saya pertimbangkan jika watak tersebut saya inginkan.

Ikuti bengkel kelolaan Fatimah Abu Bakar dan Fauziah Nawi.

"Sebenarnya sejak awal tahun lagi saya sudah berguru dengan pelakon berpengalaman bagi memperbaiki kekurangan.

“Setakat ini sudah dua bengkel saya sertai tahun ini di bawah bimbingan Fatimah Abu Bakar dan Fauziah Nawi. Tidak rugi terus belajar kerana hakikatnya banyak lagi perkara yang saya tidak tahu,” katanya.

“Selain daripada mengikuti bengkel-bengkel lakonan, saya juga belajar melalui menonton filem-filem lakonan pelakon lain, tak kiralah filem-filem tempatan, Hollywood, Bollywood, mahupun filem-filem daripada negara-negara lain seperti Iran, Perancis, China, Hongkong dan sebagainya,” jelas Syafie lagi.

Ubah gaya lakonan supaya tidak jadi stereotype.

“Tidak ada genre filem yang mudah. Tidak kiralah genre sedih, seram, kelakar, cinta atau apa saja. Semuanya memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap pelakon untuk memberikan yang terbaik, dan hanya melalui pembelajaran berterusan kita boleh mengubah setiap lakonan kita supaya tidak menjadi stereotype," kata beliau kepada Rojak Daily Kaw! ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro.

Sentiasa pandang ke hadapan, tetapi sekali sekala cubalah menoleh ke belakang.

Kemenangan menerusi filem Muhksin nyata membuka mata ramai terhadap aura Syafie yang bakatnya digilap pengarah prolifik, Allahyarham Yasmin Ahmad. Biar tiada sebarang pengalaman ketika itu, kebolehan semula jadinya terus menambat sutradara yang dihormati ramai itu untuk menerajui filem seterusnya iaitu Talentime.

Mahu sentiasa membaiki diri dalam bidang lakonan.

Dua tahun kemudian beliau sekali lagi membawa pulang trofi FFM22 menerusi kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem terbabit, menjadikan beliau pelakon paling muda menerima anugerah dalam kategori tersebut.

Kecemerlangan Syafie yang tidak tenggelam dalam aura glamor terus menyinar di FFM25 apabila merebut kembali trofi yang dimenangi pada FFM22 menerusi lakonan mantap dalam Songlap. Selain itu, anak jati Kuala Lumpur ini juga pernah menjulang trofi Anugerah Skrin, masing-masing pada edisi ke-11 dan 16.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top