CLOSE
CLOSE

Sufian Merisik Elfira

Syawal membawa hubungan mereka ke tahap yang lebih erat.


  • Share:

Sufian Merisik Elfira
Pertemuan dua keluarga beraya sambil merisik. (Gambar: Mohamad Bakar)

Sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram masing-masing di akaun rasmi Elfira Loy dan teman akrabnya, Sufian Suhaimi pada 30 Jun lalu menceritakan bahawa hubungan kedua-dua pasangan selebriti itu bukan lagi pada tahap biasa.

Gambar yang menggabungkan keluarga kedua mereka itu diabadikan ketika lelaki yang terkenal dengan lagu Terakhir itu berkunjung bersama familinya berhari raya di kediaman keluarga Elfira di Alam Damai, Cheras.

Malah pada hari berkenaan juga turut termaktub dalam sejarah cinta mereka bahawa dilangsungkan juga majlis merisik. Cincin tanda juga diberikan sebagai simbolik kepada hubungan mereka yang intim sejak empat bulan lalu.

Sufian sendiri tidak menidakkan yang berlangsung majlis berkenaan.

"Tiada apa yang nak saya sembunyikan dengan apa yang terjadi pada hari itu. Ia benda baik. Itu saja yang saya boleh kongsi kerana tiada perbincangan lanjut untuk majlis seterusnya (kahwin). Saya harap pengakhiran yang baik untuk kami. Doakan. Insya-Allah,” katanya.

Mengenai hubungannya dengan wanita berkening lebat itu, Sufian amat menyenangi Elfira.

“Kami bukan budak sekolah lagi untuk melabelkan hubungan ini sebagai kekasih atau sebaliknya. Masing-masing sudah berada dalam fasa yang senang kerana saling memahami. Saya sendiri banyak mendapat nasihat daripadanya yang lebih berpengalaman di arena seni. Kami juga masing-masing menyokong dari aspek emosi,” kata Sufian.

Elfira pula melihat majlis merisik yang berlangsung sebagai tanda kesungguhan Sufian untuk membawa hubungan mereka ke fasa serius.

“Ya, memang selain beraya, turut diadakan majlis merisik. Saya percaya apa yang terjadi ini sebagai memberi tahu isyarat kedudukan sebenar kami. Cuma fasa lanjut itu belum dibincangkan lagi.

"Saya menyenanginya dan selama ini, apa yang kami belajar, komunikasi itu penting dan menjadi teras hubungan kami,” katanya.

Kisah hubungan intim mereka bukan lagi rahsia. Masing-masing turut terbuka berkongsi gambar berdua.

Elfira pernah menerima 23 kuntum bunga ros sempena sambutan hari lahirnya yang ke-23, Mac lalu daripada Sufian. Malah Elfira juga mengejutkan ulang tahun ke-25 tahun Sufian, Mei lalu, dengan mengajaknya menaiki helikopter dan seterusnya meraikan hari lahir lelaki berkenaan di Seremban.

Sweet kan mereka ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top