CLOSE
CLOSE

“Hubungan Kami Sudah Memasuki Fasa Rindu” - Fasha Sandha

Meletakkan sempadan, kami belum ke arah mendirikan perkahwinan.


  • Share:

“Hubungan Kami Sudah Memasuki Fasa Rindu” - Fasha Sandha
Sudah memasuki fasa 'rindu'. (Gambar: Chempaka Nur Iman)

Masih agak malu-malu untuk berkongsi soal hati, Fasha Sandha bagaimana pun dilihat semakin terbuka mengenai hubungannya dengan seseorang apabila memberi bayangan persahabatan mereka kini sudah memasuki fasa rindu.

Akui aktres jelita yang berstatus solo sejak Januari tahun lalu, ungkapan berkenaan diucapkan jejaka berkenaan namun menyedari dirinya sebagai wanita bergelar ibu kepada dua anak, dia enggan memberi balasan.

Sebelum ini hanya ucapan selamat pagi dan malam.

“Sebelum ini dia hanya mengucapkan selamat pagi dan malam. Kini situasi persahabatan kami tampak lebih intim selepas dia sudah mula mengungkapkan kata rindu. Saya tidak memberi balasan memandangkan perlu ada sempadan dalam perhubungan ini.

“Rapat bukan bermakna kami sudah bercinta, sebaliknya biarlah buat masa ini kami hanya berkawan rapat. Cuma fasa hubungan saja yang sudah ke tahap rindu. Tetapi apabila dia kata rindu, saya tidak terus balas.

“Kenalah jual mahal sikit kerana kita ini wanita. Apa pun, sekurang-kurangnya ada teman istimewa untuk ucap selamat pagi dan selamat malam di aplikasi WhatsApp,” katanya yang tampil jelita pada majlis jamuan hari raya syarikat pengurusannya, Mind Order Sdn Bhd, baru-baru ini.

Si dia masih solo.

Tampak anggun dan semakin langsing mengenakan kebaya hijau muda, terserlah rona bahagia pada wajahnya sebaik diminta memperincikan identiti jejaka yang berjaya mendekati dirinya sekali gus mengheret warna keceriaan terhadap hidupnya.

Sambil tertawa kecil, bintang Lara Aishah yang sejak dulu kental dengan imej berdisiplin sepanjang bekerja memaklumkan si dia masih solo selain memiliki kualiti tersendiri kerana turut sayangkan kanak-kanak.

“Dunia saya adalah anak-anak. Dia tahu keutamaan saya sekarang adalah dua pertama hati saya itu. Alhamdulillah dia menerima anak-anak saya dengan baik. Berkenaan identitinya, biarlah cukup saya katakan kawan saya itu bukan insan dikenali ramai, sebaliknya orang biasa.

Kini melalui fasa paling bahagia.

“Buat masa ini saya enggan meletakkan sebarang sasaran dalam persahabatan ini. Bukan soal kahwin atau seterusnya kerana fokus saya hanya terhadap anak. Paling penting kini saya melalui fasa paling bahagia,” katanya.

Terdahulu, Fasha yang berusia 33 tahun pernah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 41, pada 27 April 2012. Namun, ikatan perkahwinan mereka terlerai pada Januari tahun lalu.

Menerusi perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan Putra Rayfal yang kini berusia empat tahun serta seorang puteri, Putri Raysha Jemaima, 3.

Bersama artis dan pihak pengurusan Mind Order.

Sementara itu, ditanya penyertaannya di dalam syarikat pengurusan Mind Order Sdn Bhd selepas sekian lama bergerak sendiri, katanya kesibukan selain professionalisme tunjang syarikat berkenaan membuka hatinya untuk diuruskan pihak terbabit.

“Saya dan orang kuat Mind Order, Murshid Eunos memang bersahabat baik. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan media. Melihat profesionalisme serta kesungguhannya, mengapa tidak saya sertai mereka.

“Dalam situasi sekarang boleh dikatakan rezeki saya tidak pernah putus. Kesibukan dan tanggungjawab ini memerlukan saya mendapatkan khidmat syarikat pengurusan yang berkredibiliti untuk membantu melicinkan lagi tugasan,” ulasnya lagi.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top