CLOSE
CLOSE

Siti Saleha, Lutfi Saling Menerima

Sah menjadi suami isteri kira-kira jam 3.40 petang semalam.


  • Share:

Siti Saleha, Lutfi Saling Menerima
Siti Saleha dan Lutfi Azhar selamat diijab kabul. (Pic: Aishah Aziz)

"Sense of humour yang dimiliki Lutfi menambat hati saya," tutur Siti Saleha.

"Saya tidak tahu Saleha adalah selebriti tapi dia memang cantik dan menawan hati," kata Lutfi Azhar.

Kata-kata itu hadir kala ditemui pasangan merpati dua sejoli itu sebaik mereka sah menjadi suami isteri.

Saleha, 27, sah menjadi suri hati Lutfi, 31, dengan sekali kali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung petang semalam.

Pasangan itu disatukan dalam majlis istimewa yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat di TPC Kuala Lumpur.

Pasangan bahagia Saleha dan Lutfi.

Saleha dan Lutfi, yang memilih persalinan sedondon putih, selamat dinikahkan oleh bapa artis wanita terbabit, Mohd Baharum Abdul Rahman, di hadapan Imam Masjid Taqwa TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fadlullah Md Noor, kira-kira jam 3.40 petang semalam.

Kelihatan tenang ketika majlis berlangsung, Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum menerima mas kahwin berjumlah RM500 daripada pengantin lelaki, sementara wang hantaran pula dirahsiakan jumlahnya.

Pada majlis itu, pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Lutfi melamar Saleha di Cancun, Mexico

"Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat.

"Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis kami pada hari ini," kata pelakon 7 Hari Mencintaiku itu.

Majlis resepsi pasangan pengantin itu akan di adakan hari ini di sebuah pusat konvensyen di sini.

Lutfi melamar Saleha di Cancun, Mexico, ketika menghadiri majlis perkahwinan teman mereka di sana pada awal 2016 dan sekembalinya ke tanah air mereka mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

Semoga berbahagia ke Jannah.

Saleha dan Lutfi yang juga seorang pegawai kerajaan mengikat tali pertunangan pada majlis tertutup di kediaman keluarganya di Bandar Puteri, Klang, Selangor pada 26 November tahun lalu. Pasangan itu mulai rapat sejak setahun lalu.

Mengenai bulan madu, mereka memilih Pulau Mauritius pada penghujung tahun ini.

"Kami masing-masing sibuk dan terpaksa tangguhkan dulu bulan madu. Bila semuanya selesai kami akan luangkan masa bersama," katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top