CLOSE
CLOSE

Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella Sah Suami Isteri

Majlis diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.


  • Share:

Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella Sah Suami Isteri
Selamat menjadi suami isteri. (Pic: Ihsan Pengantin)

Bekas suami kepada Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya sah bergelar suami kepada pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella sekaligus mengesahkan gembar gembur mengenai hubungan mereka.

Setelah lama berdiam diri, akhirnya kini bersatu.

Selepas hampir enam bulan mengunci mulut mengenai hubungan mereka, pasangan itu sah berkahwin dengan sekali lafaz jam 6.57 petang tadi dalam satu majlis tertutup dan sederhana yang diadakan di Binjai 8, KLCC.

Engku Emran berkongsi kegembiraan bersama anak sulungnya.

Pasangan ini yang menjadi sensasi di Malaysia dan Indonesia diwalikan bapa Bella, Busye Amir dengan mas kahwin sebanyak RM300. Engku Emran, 42, menghadiahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Bella, 29. Pasangan berkenaan turut menukar cincin perkahwinan dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat serta rakan karib pasangan itu.

Keluarga yang kembali lengkap.

Papa kepada Engku Aleesya itu melahirkan rasa syukurnya kerana segala perancangan untuk bernikah dengan Bella berjalan lancar. Pasangan ini turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada wartawan kerana memberikan ruang kepada mereka untuk melangsungkan acara pernikahan tanpa liputan media.

"Doakan perkahwinan kami dirahmati Allah SWT dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” kata Engku Emran dan Bella.

Majlis dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Acara itu turut dihadiri artis terkenal Indonesia yang juga rakan Bella seperti Melly Goeslow, Titi Kamal, Irwansyah, Teuku Wisnu dan ramai lagi. Tidak ketinggalan pelakon terkenal tanah air, Nora Danish dah suaminya, Nedim Nazri iaitu orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Engku Emran dengan Bella juga menjadi sebahagian daripada tetamu.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top