CLOSE
CLOSE

Ummi Nazeera Lebih Pentingkan Watak Dalam Bisik Pada Langit

Tidak kisah berlakon tanpa mekap.


  • Share:

Ummi Nazeera Lebih Pentingkan Watak Dalam Bisik Pada Langit
Watak Ummi dalam Bisik Pada Langit sangat menjadi. (Pic: Z.Nadzri)

“Nampak buruk sangat ke saya dalam filem itu tanpa mekap?” tanya Ummi Nazeera, 27, kepada media yang menemubualnya mengenai penampilannya dalam filem lakonan terbarunya, Bisik Pada Langit.

Ini kerana bagi menghayati wataknya sebagai gadis kampung dalam filem itu, dia rela membiarkan wajahnya polos tanpa mekap.

Tidak sesuai bersolek tebal untuk watak yang dibawa.

Menurut Ummi, dia mendengar ‘cakap’ guru lakonannya termasuklah pelakon veteran Fauziah Nawi jangan terlalu mengutamakan penampilan diri sehingga mengabaikan lakonan.

“Saya tak kisah berlakon tanpa mekap kerana watak saya sebagai ‘budak sekolah’ dan anak orang kampung, memang tak sesuailah jika saya bersolek tebal dengan bulu mata lentik.

Bersungguh-sungguh menghayati watak.

“Apa yang penting penampilan saya sesuai dengan karektor Siti Hajar yang lasak,” katanya.

Antara babak yang memerlukannya mengerah seluruh tenaganya, ketika dia nazak akibat kemalangan.

“Saya bersungguh-sungguh menghayati babak itu sehingga terasa kejung kaki dan naik bulu roma saya ketika dikafankan.

“Bagi menampakkan babak kematian itu real, saya julingkan biji mata agar mata saya tertutup rapat dan tidak bergerak-gerak. Saya juga kosongkan minda saya tanpa memikirkan apa-apa,” katanya yang ditemui selepas prebiu filem itu baru-baru ini.

suami sentiasa di sisi.

Kehadirannya turut ditemani suami, Dr Mohd Izzar Anwari.

Penggambaran Bisik Pada Langit turut dirakamkan di Perth, Australia yang membabitkan babaknya sedang belajar di sana.

“Dalam filem itu saya nampak berisi kerana kalau stress saya akan makan,” katanya.

Bisik Pada Langit, arahan Kabir Bhatia, turut dilakonkan, Jalil Hamid, Datin Fadzilah Mansor, Beto Kusyairi, Erwin Dawson dan Naim Daniel.

Filem Bisik Pada Langit bakal menemui penonton di pawagam bermula 21 September 2017.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top