CLOSE
CLOSE

Anding, Eyka Farhana Terpalit Sensasi Video Lucah

Yakin pihak berkuasa tahan penyebar berita palsu.


  • Share:

Anding, Eyka Farhana Terpalit Sensasi Video Lucah
Masing-masing buat laporan polis. (Pic: Instagram @andingindrawani & @eykafarhana)

Nama penyanyi, Anding Indrawan, 34, dan pelakon, Eyka Farhana ‘naik’ sejak minggu lalu apabila masing-masing dituduh mempunyai video lucah.

Andai nama bintang AF itu dikaitkan dengan hubungan songsang sejenis membabitkan seks oral di Tumblr, si gadis pula dikatakan seiras mirip dengan ‘aktres’ klip panas di YouTube.

Sudah pasti kedua-dua selebriti yang kebetulan berhadapan isu serupa namun dalam kes berbeza itu menyangkal tuduhan sekali gus membuat laporan polis.

Bagi Anding, kredibiliti yang tercalar disebabkan fitnah terbabit tidak akan membuatkannya berdiam diri.

Katanya hanya laporan polis yang boleh menghentikan tuduhan tidak berasas itu apatah lagi ini bukan kali pertama pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita mengarut.

Fitnah jejas kerjaya.

“Sudah pasti saya tidak akan sesekali melakukan perbuatan sedemikian. Saya masih waras. Tidak mungkin saya ambil video sendiri dan kemudian menyebarkannya.

“Semua ini fitnah. Bukan hanya menjejaskan maruah, fitnah yang datang boleh menjejaskan kerjaya saya,” katanya.

Menurut anak kelahiran Kuching, Sarawak itu lagi, dia tidak sangka berdepan tuduhan lagi teruk selepas dulu dimaklumkan terdapat gambar lucah seorang lelaki mirip wajahnya.

“Sebenarnya pada awal tahun ini, rakan saya pernah memaklumkan mengenai gossip berkenaan gambar lucah yang kononnya seperti saya.

“Waktu itu saya enggan ambil pusing sebab tahu ia mungkin usikan. Rupa-rupanya sekarang dikaitkan dengan video pula. Jadi saya perlu ambil tindakan,” ulasnya lagi.

Terdahulu, satu rakaman video yang menjadi viral menyaksikan individu menyerupai Anding dikatakan melakukan seks oral bersama seorang lelaki.

Klip berkenaan yang dikongsi menerusi laman sembang Tumblr menjadi bualan netizen selepas nama Anding turut terpalit.

Yakin dalang bakal ditangkap segera.

Seorang lagi artis yang juga tunjang filem Juvana 1 dan 2, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi membuat laporan di Balai Polis Ampang, pada Jumaat lalu.

Malah pelakon muda itu juga enggan lagi ‘bagi muka’ kepada individu berkaitan apabila turut membuat laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“SKMM boleh memadam video terbabit daripada terus menjadi tular. Paling utama, saya harap pemilik laman tumblr Pemburu Malam yang menyebarkan video terbabit ditahan.

“Segala-gala bukti termasuk komen netizen yang mendakwa wanita berkenaan sebagai diri saya juga sempat saya rakam untuk diserahkan kepada polis bagi tujuan siasatan,” ulasnya.

Sebuah akhbar minggu lalu mendedahkan perkara berkenaan namun Eyka ketika ditemubual menafikan pelaku dalam video kiriman peminat itu adalah dirinya.

"Saya menafikan wanita di dalam video itu adalah diri saya malah memang langsung tidak serupa atau seiras. Namun perkara itu tetap memalukan.

“Fitnah dilemparkan turut menjejaskan perasaan keluarga saya. Nampaknya mereka ini langsung tiada perasaan sensitif,” katanya.

Menerusi gambar bersama laporan polis yang dikongsi di Instagramnya, Eyka yakin pihak berkuasa dapat menahan pelaku dalam tempoh terdekat.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top