CLOSE
CLOSE

Nabila Razali Terkena Panahan Lakonan Amerul Affendi

Amerul pelakon yang mempunyai jiwa.


  • Share:

Nabila Razali Terkena Panahan Lakonan Amerul Affendi
Nabila teruja berlakon bersama Amerul. (Pic: Mohamad Bakar dan Instagram @azhan_rani)

Ketika ada yang memandang sepi bakat Amerul Affendi atau nama penuhnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi hingga pernah dilaporkan dipinggirkan stesen TV kerana tidak hadir dengan pakej lengkap termasuk kacak, pelakon dan penyanyi Nabila Razali pula begitu teruja apabila dapat bergandingan dengan aktor hebat itu.

Bekas bintang Akademi Fantasia 2013 itu berkongsi perkembangan terbarunya kini yang sedang sibuk di lokasi penggambaran drama adaptasi novel Matahari Cerah Lagi terbitan Global Station Sdn Bhd.

Biarpun Amerul hanya menjadi kawan baiknya dalam drama berkenaan, ia umpama mimpi jadi kenyataan.

Amerul pelakon yang mempunyai jiwa.

Nabila memegang watak Suha dan Amerul pula sebagai Yem, temannya yang berwatak tak cukup akal.

“Ikutkan dalam drama itu ramai pelakon hebat. Tapi yang paling mengujakan saya ialah dapat bergandingan dengan Amerul. Memang ia dream comes true. Gementar pun ada di sebalik teruja itu.

“Iyalah dia memang pelakon teater, jadi lakonannya memang berjiwa. Saya pula tak pernah ikut teater. Tapi kalau ada kesempatan dan peluang berlakon teater, saya takkan lepas.

“Orang teater seperti Amerul ini hebat lakonannya. Memang berjiwalah. Dia sangat menjiwai wataknya dalam drama ini sebagai orang yang terencat. Masuk saja di lokasi penggambaran, saya nampak Yem di dalam dirinya dan bukan lagi Amerul. Yem dalam hati pun suka dekat Suha.

Gabungan nama hebat, Azhan Rani dan Amerul Affendi.

“Saya suka kalau ada babak dengan dia. Malah sudah mudah selesa dengannya. Sebagai pelakon, saya sendiri dapat rasa apa yang dia mahu sampaikan menerusi watak Yem,” katanya.

Menerusi drama Matahari Cerah Lagi, rezekinya memegang watak utama juga terus dimurahkan. Selepas berlakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati bergandingan dengan Alif Satar, artis bertudung ini seterusnya diberi kepercayaan membintangi drama adaptasi novel Matahari Cerah Lagi bersama pelakon Fadlan Hazim.

“Untuk saya yang masih baru di arema seni termasuk lakonan ini, saya sejujurnya cukup gementar digandingkan dengan mereka yang lebih berpengalaman. Tapi peluang sebegini bukan datang selalu. Lalu saya cabar diri dan menerimanya. Tambah pula drama ini cukup berat temanya berbanding sebelum ini.

Watak bermain emosi.

“Jadi saya kena buat sehabis baik. Ia jadi ruang saya belajar dan sekali gus berusaha membuat drama ini berjaya apabila menemui penonton nanti,” katanya sambil memberitahu penggambaran drama ini akan berakhir 20 November depan.

“Jujur watak ini sangat berat dan banyak bermain emosi. Digandingkan pula dengan pelakon power seperti Amerul Affendi, Wan Raja, Sharifah Shahora, Fadlan, Azhan Rani dan Noralbaniah, ia umpama debaran yang tak berhenti,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top