CLOSE
CLOSE

"Saya Tak Bodoh" - Fathia Latiff

Sengaja kongsi isu cashless dalam bentuk sarkastik


  • Share:


Menulis dalam nada sarkastik. (Pic: Instagram @fatiyalatiff)

Selepas membalas isu cashless dengan menyalahkan tajuk berita yang disifatkan tidak jelas, kini Fathia Latiff tampil semula menegaskan dirinya bukan bodoh seperti didakwa masyarakat.

Katanya, dia sebenarnya memahami maksud cashless namun sengaja sedari awal memuat naik status di Twitter itu secara sarkastik.

"Sebagai rakyat, kita ada hak untuk bersuara. Malah saya juga faham apa yang dikatakan Menteri Belia dan Sukan mengenai cashless society atau masyarakat tidak lagi menggunakan wang tunai dalam transaksi.

“Saya tak bodoh. Saya muat naik status terbabit dalam bentuk sarkastik dan tak sangka ia tular dengan cepat.

“Saya cuma suarakan pandangan. Kalau orang ambil serius, susahlah. Kenapa tak tengok dari sudut positif dan berusaha mengubah negara menjadi lebih baik?" katanya.

Kata pelakon itu lagi, dia mengetahui kemampuan diri kerana pernah mengikuti pengajian undang-undang di sebuah pusat pengajian tinggi.

Malah akui pelakon Ariana Rose itu lagi, dia tidak mempertikai kenyataan dalam artikel terbabit sebaliknya sekadar ingin menyuntik kesedaran.

Baca juga: Fathia 'Jerut Diri' Sekali Lagi

Terdahulu, Fathia menerima kecaman apabila disakwa salah tafsir terhadap berita bertajuk Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050 yang disiarkan sebuah portal online, minggu lalu.

"Kita nak jadi macam zaman batu balik ke? Buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takut," tulisnya di Twitter.

Rata-rata netizen menyifatkan pelakon itu tidak memahami maksud cashless society selain tidak membaca berita terbabit terlebih dahulu sebelum mengutarakan pendapat.

Ada juga rakan artis yang secara sinis memintanya kekal saja di Bigo dan tidak kurang menganggap status terbabit sebagai cara meraih publisiti murahan.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top