CLOSE
CLOSE

Mia Ahmad Anggap Sebagai Aksi Spontan Meraikan Kejayaan Suami

Tidak peduli kecaman netizen kerana mereka sah suami isteri.


  • Share:

Mia Ahmad Anggap Sebagai Aksi Spontan Meraikan Kejayaan Suami
Spontan dan bukan satu kesalahan. (Pic: Mohamad Bakar)

‘Kaw-kaw’ dikecam netizen termasuk mereka yang menjadi ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ sekaligus pantas menghakimi, pelakon bertudung Mia Ahmad tidak langsung menyesal upload rakaman video yang menunjukkan dirinya mencium pipi suami, Izham Tarmizi yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), sebaik skuad handalan diumumkan sebagai juara Piala Malaysia 2017, Sabtu lalu.

Normal bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Kata Pelakon drama Hati Perempuan itu, dia menganggap aksi spontan itu normal bagi married couple yang teruja meraikan kejayaan pasangannya.

Tapi biasalah ada yang anggap aksi itu keterlaluan dan tak elok dipaparkan untuk umum.

“Ia tindakan reflek yang boleh jadi pada sesiapapun jika orang yang disayangi memberikan perkhabaran gembira. Saya memang terlampau gembira dengan kejayaan suami pada malam itu.

Tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Saya tak menyesal kerana saya tak buat salah. Kalau nak diikut apa yang orang hentam, ikutkan hanya berapa persen saja pun yang meninggalkan komen begitu. Biarlah. Orang yang memberi komen negatif mungkin ada masalah hati atau mindanya sudah tertutup. Nampak negatif saja.

"Aksi ciuman spontan saya kepada suami itu, bukanlah masalah, tapi dijadikan masalah. Saya nampak perkara seperti ini akan terjadi kalau seorang meninggalkan komen negatif, seperti biasa akan disusuli kemudian oleh orang lain yang mengikut," katanya.

Tegas Mia lagi, isu itu tak perlu diperbesarkan.

Bukan menunjuk, hanya reaksi spontan.

“Biasalah akan ada yang mengatakan saya tak perlu kiss pipi suami di khalayak ramai. Niat saya bukanlah mahu menunjuk, tapi ia terjadi secara spontan.

"Bagi saya, ia adalah perkara biasa antara suami dan isteri," katanya.

Mia juga enggan melatah dengan hal itu. Malah, suaminya juga tidak mengambil peduli akan hal itu.

"Tak muat naik gambar pun orang mengata. Apa lagi kalau muat naik. Pendek kata, ada saja yang akan pantas membuat spekulasi. Buat apa sekalipun, ada pihak yang kreatif memberi komen, tak mengapalah.

Ini 'dunia' dan kehidupan kami.

"Kalau mahu diikutkan, saya memang berpada-pada dalam memuat naik sesuatu status di laman sosial. Namun, saya tak boleh nak salahkan mereka (netizen) sebab mereka tak hidup dalam dunia saya.

"Jadi saya tak boleh expect mereka boleh ikut cara pemahaman diri ini,” katanya yang akan muncul dengan drama berjudul Bilo Nogori Jupo Kelate.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top