CLOSE
CLOSE

“Saya Bekerja Keras Membina Nama” – Alvin Chong

Tidak rampas peluang sesiapa.


  • Share:

“Saya Bekerja Keras Membina Nama” – Alvin Chong
Berusaha keras untuk mendapat tempat di dalam industri. (Pic: Z.Nadzri)

Pelakon Alvin Chong, 26, yang mula dikenali ramai selepas muncul dalam drama Suri Hati Mr Pilot, menegaskan dia tidak merampas hak sesiapa dalam dunia lakonan.

“Saya orang Malaysia sebab itu saya menceburi industri ini, biarlah orang nak kata apa kerana rezeki dalam bidang ini luas dan terpulanglah kepada usaha dan kesungguhan masing-masing,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Tidak 'curi' hak sesiapa.

Menurutnya lagi, tidak perlulah menuduhnya bukan-bukan kerana dia bekerja keras untuk membina namanya.

“Saya tidak ‘mencuri’ hak sesiapa kerana saya juga berkerja keras seperti mereka. Dulu saya masih pelat tetapi saya terus belajar untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.

“Sebagai orang Malaysia saya mahu buktikan bakat saya dalam pasaran hiburan Cina dan Melayu,” katanya.

Kukuhkan diri dalam negara dulu.

Ujarnya lagi, ada yang berpendapat agar dia mengembangkan kerjaya di Hong Kong, China atau Taiwan.

“Kalau dalam industri seni negara sendiri pun saya sukar nak survive, macam mana mahu bertahan di luar negara?

Pelakon yang sedang meningkat naik.

“Saya tidak menolak peluang untuk ke sana tetapi saya mesti kukuhkan kedudukan saya di tempat sendiri dulu. Sekurang-kurangnya apabila cubaan saya menembusi pasaran di luar negara tidak membuahkan hasil, saya boleh balik bekerja di negara sendiri,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top