CLOSE
CLOSE

Syamsul Asyik Teringatkan Anak

Faham erti syurga di bawah telapak kaki ibu.


  • Share:

Syamsul Asyik Teringatkan Anak
Tidak mahu terlepas proses membesar. (Pic: Instagram @syamsulyusoffilm)

"Kalau dulu saya boleh habiskan berjam-jam masa di pejabat, tapi sekarang saya akan teringatkan anak saya," kata pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof.

Akui dirinya, sejak dikurniakan bayi lelaki hasil perkahwinan dengan pelakon Puteri Sarah, jadual dan rutin hariannya bertukar malah naluri sebagai bapa semakain menebal.

Dia berkata meskipun sibuk, dirinya akan pastikan ada masa untuk bermain dengan putera sulungnya Syaikhul Islam yang berusia lapan bulan.

"Walaupun perlu memastikan tidur yang cukup dan kerja dapat disiapkan, walau penat macam mana pun bila balik saya akan luangkan masa dengan Syaikhul.

Akan tetap luangkan masa.

"Bagi saya sebagai bapa saya perlu memberikan perhatian kepada anak dan tidak mahu terlepas momen dia membesar," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Syamsul yang juga aktif sebagai penyanyi rap berkata sejak bergelar bapa dirinya sering terkesan dengan berita yang berkait mengenai bayi termasuk terbaharu isu mengenai susu tiruan.

Dia berkata, sebagai bapa dia bagaikan panik dan risau apabila mengetahui mengenai isu berkenaan dan membuat pemeriksaan dengan isterinya Puteri Sarah mengenai hal itu.

"Naluri sebagai bapa ini memang lain, kalau dulu saya mungkin tidak peka tapi kali ini saya risau apabila mendengar dan terbaca berita mengenai perkara ini.

"Saya memang terus hubungi isteri dan bertanyakan mengenai perkara itu. Mujur anak saya mengambil susu yang berbeza," katanya ketika ditemui pada prebiu trailer filem Makrifat Cinta.

Menghargai pengorbanan isteri.

Syamsul turut membuat perkongsian menghargai isterinya apabila dia berkata kini dia mengerti mengapa wujud peribahasa syurga di bawah telapak kaki ibu selepas melihat Puteri Sarah bersalin dan tugasnya sebagai isteri dan ibu.

“Saya tengok Sarah seorang yang kuat semangat. Setiap hari keluar bekerja, saya selalu berpesan jaga anak dengan baik.

“Saya sangat menghargai apa yang dilakukan Sarah untuk keluarga kami. Sudah semestinya sebagai suami, saya sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Mengenai filem Makrifat Cinta, Syamsul muncul sebagai hero dalam filem itu bergandingan dengan Nabila Huda dan Nora Danish.

Ditanya mengenai kerjaya muziknya, Syamsul berkata dia terpaksa menangguhkan bidang berkenaan untuk memberikan fokus terhadap filem Munafik 2 yang bakal ditayangkan pada tahun depan.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top