CLOSE
CLOSE

Pekin Ibrahim Buat Laporan Polis

KL Wangan jadi mangsa FB Live.


  • Share:

Pekin Ibrahim Buat Laporan Polis
Buat laporan polis tentang FB Live. (Pic: Instagram @pekinibrahim)

Sikap tidak bertanggungjawab seorang penonton yang membuat rakaman FB Live KL Wangan di pawagam memaksa pengarah, Pekin Ibrahim membuat laporan polis, malam kelmarin.

Katanya, filem aksi arahannya yang menelan kos sebanyak RM5 juta itu sudah berada di pawagam buat hari ke 14 menjadi mangsa terbaharu Facebook Live atau FB Live.

Babak dalam KL Wangan.

“Saya tidak mampu untuk berkata apa-apa apabila masih lagi berlaku kejadian tidak bermoral seperti ini. Tolong hentikan perbuatan FB Live ini dan sokong filem tempatan kita.

“Saya hanya mampu bersabar dan serahkan semua kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam entri di Instagramnya.

Filem makan belanja hampir RM5 Juta.

Menerusi status dan gambar yang dikongsi, Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, 36, turut ditemani pelakon filem terbabit, Kodi Rasheed di balai polis.

Daripada laporan polis berkenaan, difahamkan kejadian lintas langsung FB itu dilakukan individu berkaitan pada 3 Januari.

Terdahulu, Rojak Daily Kaw! cuba menghubungi Pekin untuk mendapatkan komen dan cerita lebih lanjut, tetapi panggilan telefon yang dibuat tidak berjawab.

Barisan pelakon utama KL Wangan.

KL Wangan yang berada di pawagam sejak sejak 21 Disember lalu turut membariskan Faizal Hussein, Emily Lim, Jasmine Suraya, Datuk Yusof Haslam, Kamarul Yusoff dan pelakon Indonesia serta Jepun.

Terdahulu, beberapa filem lain pernah menjadi mangsa individu kurang peka dengan isu sama seperti Pinjamkan Hatiku, Kau Yang Satu dan Abang Long Fadil 2.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top