CLOSE
CLOSE

Keakraban Kilafairy dan Izara Aishah Dan Single Terbaru Bersama Sean Kingston

Penyuntik semangat tahun 2018.


  • Share:

Keakraban Kilafairy dan Izara Aishah Dan Single Terbaru Bersama Sean Kingston
Kilafairy dan Izara Aishah saling menyokong. (Pic: Mohamad Bakar)

Di kalangan penggemar seni, Kilafairy dan Izara Aishah memang akrab berteman. Malah pernah suatu ketika, masing-masing saling memberi semangat untuk bersenam di gim.
Malah hingga kini, Kilafairy sendiri tidak tahu bagaimana mereka boleh jadi sekepala berkongsi banyak benda.

Jujur dalam bersahabat.

“Ikutkan sejak dari darjah tiga lagi kami pernah satu sekolah di USJ Subang. Bagaimanapun hubungan kami putus selepas dia berpindah. Dijadikan cerita kira-kira empat tahun lalu kami bertemu kembali. Kira bertemu balik pun apabila masing-masing sudah besar dan menceburi dunia seni.

“Daripada situ, kami jadi akrab sampai sekarang. Jujur saya pun hairan bagaimana boleh rapat dengannya. Mungkin masing-masing selesa sebab sudah kenal perangai. Dia pun jujur dalam berkawan. Sangat selesa bila bersama beliau.

Izara 'garang' tapi penyayang.

“Nampak saja muka dia lembut dan saya garang. Tapi sebaliknya, dia yang garang sebenarnya. Saya pula yang manja dan mengada. Jadi, dia yang selalu marah dan pada masa yang sama manjakan Kila,” katanya.

Tambah pelakon dan penyanyi yang mesra disapa Kila itu, kalau dalam soal menjaga badan, masing-masing akan jadi pembakar semangat.

Pembakar semangat masing-masing.

“Kalau salah seorang daripada kami malas bersenam, maka antara kami juga akan menghantar gambar secara terus bentuk badan masing-masing selepas bersenam. Ia lebih kepada cara nak bakar semangat.

“Kalau ada masa memang kami akan bersenam bersama-sama. Kalau tak sebab tak kena masa, memang akan buat berasingan,” katanya kepada Rojak Daily Kaw! yang turut gembira dengan perkahwinan Izara dan Adib Khalid.

Kali ini Kila sudah boleh tersenyum girang kerana single keenamnya, Put The World In bersama Dj Aku Ash menampilkan rapper terkenal Amerika-Jamaica, Sean Kingston akan dilancarkan menerusi semua platform muzik dalam talian bermula 19 Januari ini termasuk video muzik.

Rakaman lagu itu dilakukan di Malaysia sekitar enam bulan lalu.

Kolaborasi bersama DJ Aku Ash dan Sean Kingston.

“Sean turun ke Malaysia dan dalam tempoh sehari kita lunaskan rakaman lagu itu. Saya lihat ini ruang untuk meneroka dan mengatur langkah ke peringkat seterusnya. Siapa tahu ada peluang untuk tembus lagu ini ke pasaran antarabangsa. Saya dengan penuh rendah diri tak akan menolak tuah itu.

“Saya harus berterima kasih kepada syarikat rakaman, Lion Music Group (LMG) dan pengurusan Paranormal atas peluang ini. LMG yang mencadangkan saya dan DJ Aku Ash untuk berkolaborasi dengan Sean.

“Terima kasih juga atas kepercayaan syarikat muzik dan pengurusan yang percayakan bakat saya sekali gus membuka peluang ini. Saya harap single ini akan menjadi penyuntik semangat awalan tahun 2018,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top