CLOSE
CLOSE

Erra Fazira Yakin Shahir Berubah

Akui masih berkawan dan berhubung dengan Shahir.


  • Share:

Erra Fazira Yakin Shahir Berubah
Masih berkawan dengan Shahir. (Pic: Aishah Aziz)

Jauh di sudut hati, Erra Fazira percaya lelaki yang sering dikaitkan dengannya Shahir Zawawi punya ruang untuk berubah dan bangkit dari segala kemelut yang berlaku.

Primadona lakonan negara ini berkata, dia percaya setiap manusia boleh berubah untuk menjadi baik dan hanya Allah yang tahu segalanya.

Percaya setiap orang boleh berubah.

"Bagi saya setiap manusia ada peluang untuk berubah dan saya percaya Shahir juga boleh.

"Saya harap semua pihak termasuk kita semua memberikan sokongan kepada Shahir untuk menjadi lebih baik," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Dia mengakui masih berhubung dengan bekas peserta AF Megastar itu dan ada keluar bersama untuk kopi-kopi.

"Saya tidak mahu hipokrit. Saya mengaku memang ada keluar dengan Shahir. Kalau saya nafikan ada yang nampak dah jadi lain.

Di bawah pengurusan baharu.

"Seperti yang katakan sebelum ini kami masih berkawan. Soal jodoh bukan di tangan saya," katanya.

Menyingkap lanjut, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Sembilu ini berkata, tahun 2018 adalah tahun untuk dia bekerja dan fokus dalam bidang seni.

Lantaran, Erra kini buat pertama kalinya setelah dua dekad bergelar artis, bernaung di bawah pengurusan Mind Order Sdn Bhd.

Fokus pada kerjaya.

"Saya mahu fokus kerja pada 2018, tapi seperti saya katakan kalau jodoh saya terima.

"Semua ini di luar kuasa kita dan hanya yang Maha Esa tahu semuanya," katanya.

Erra berkata, bersama pengurusan baharu juga bukan bermakna dia berdepan masalah dengan pihak yang membantunya sebelum ini.

Bakal hasilkan single terbaru.

Tegasnya, mereka saling memahami dan Erra hormat apabila pihak berkenaan membuat keputusan untuk berundur kerana mempunyai perancangan mereka.

"Di pihak saya memang tidak ada masalah, saya pun memikirkan pengurusan selepas saya bersendirian.

"Saya doakan yang baik-baik dan harap mereka juga begitu," katanya.

Selain filem dan projek khas, Erra memberitahu dia juga bakal muncul dengan single terbaharu tahun ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top