CLOSE
CLOSE

Wany Hasrita Mahu Jadi Diri Sendiri

Bercinta? Nanti dulu!


  • Share:

Wany Hasrita Mahu Jadi Diri Sendiri
Mahu cari identiti tersendiri. (Pic: Instagram @wanyhasrita)

Sejak awal kemunculannya, ada pihak yang menyamakan Wany Hasrita dengan penyanyi Siti Nordiana. Malah ada yang mempertikaikan cara nyanyian Wany yang kononnya dikatakan meniru penyanyi lagu Terus Mencintai itu.

Yakin berbeza dengan Nana.

Akui Wany, dia terharu disama dengan penyanyi yang dianggap senior itu. Merendah diri, Wany menganggap dirinya masih jauh untuk disamakan dengan Siti Nordiana yang juga mesra di sapa Nana itu.

"Saya yakin kami ada perbezaan dan cara masing-masing. Mungkin cara nyanyian dan lenggok yang nampak kami serupa.

Cari imej dan cara nyanyian sendiri.

"Saya masih baharu dibandingkan dengan Nana," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Sehubungan itu, dia berkata kini dirinya dalam fasa untuk membentuk identiti sendiri supaya tidak disamakan dengan mana-mana penyanyi.

Bukan sombong, tetapi Wany percaya dia perlu memiliki imej dan cara nyanyian sendiri untuk lebih maju dalam bidang nyanyian.

Fokus bukan pada cinta.

"Saya tidak mahu terlalu leka dengan populariti dan saya mahu sentiasa memperbaiki diri.

"Matlamat saya pada tahun ini adalah untuk menjadi diri sendiri," katanya tersenyum penuh makna.

Pernah digosipkan dengan beberapa jejaka termasuk Tajul, Wany yang sudah memasuki usia 25 tahun pada Disember lalu berkata, cinta bukan fokus utamanya.

Terharu dengan sokongan kelab peminat.

Bagi dirinya, apa yang lebih penting ialah menyambung pengajian dan menggembirakan ibunya.

"Saya tidak fikir soal cinta, nanti dululah. Saya mahu perbaiki kualiti nyanyian saya.

"Kalau ada rezeki saya mahu belikan ibu saya rumah terlebih dulu," katanya.

Dia yang turut popular menerusi lagu Di Sana Cinta Di Sini Rindu, iaitu duetnya bersama Tajul, turut menzahirkan rasa terharu dengan sokongan kelab peminatnya, Wanyhasnizers, yang sentiasa berada di sisi tatkala susah dan senang serta setia menyokong kerjaya seninya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top