CLOSE
CLOSE

Ahli Politik Berambut Hipster, Pasha Ungu Dikecam Netizen

"Saya tidak merasa melanggar etika kerana saya sentiasa tampil rapi" - Pasha Ungu


  • Share:

Ahli Politik Berambut Hipster, Pasha Ungu Dikecam Netizen
Foto: Narasi TV

Pasha Ungu atau nama sebenarnya Sigit Purnomo yang dahulunya merupakan penyanyi utama kumpulan pop rock Ungu kini sudah terjun ke bidang politik dan bergelar Timbalan Datuk Bandar Palu.

 

Biarpun sudah bergelar ahli politik, Pasha masih juga aktif menyanyi dan baharu sahaja kembali ke Kuala Lumpur untuk konsertnya bersama Afgan tahun lalu. Kelihatan segak menyarung pakaian seragam kakitangan awam, Pasha masih mengekalkan gaya rambut 'hipster' walaupun menjadi seorang ahli politik.

 

Namun gaya rambut hipster Pasha itu telah menerima kecaman netizen setelah sebuah rancangan bual bicara popular Indonesia, Mata Najwa telah mempromosikan sebuah episod dimana Pasha dijemput untuk berdiskusi soal politik di Instagram mereka.

 
 

Gaya Pasha itu didakwa tidak bersesuaian dengan status dan imejnya sebagai seorang pegawai kerajaan.

 

Memetik laporan Detik, isu rambut hipster Pasha ini sudah sampai pada Menteri Dalam Negeri (Mendagri), Tjahjo Kumolo yang turut memberikan respon. "Menurut saya, Pasha sebagai kepala daerah, dari foto yang beredar, tidak menyalahi undang-undang atau peraturan. Seragam sudah benar, potongan rambut wajar, yang diatur tidak boleh panjang."

 

Pasha sendiri telah mengeluarkan kenyataannya pada akaun Instagram Mata Najwa dan ini responnya:

 

Ini merupakan beberapa kontroversi yang diterima Pasha setelah menjadi ahli politik. Terdahulu, dia dikecam kerana memakai jeans dan jaket bersama pingat polis dan tentera ketika bertugas serta tampil bersama dengan kumpulannya di pentas sambil memakai seragam kakitangan awam.

Sumber: Mstar


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top