CLOSE
CLOSE

“Bukan Pelakonlah” - Datuk A Aida

Nafi dikatakan sedang bercinta dengan Ahya


  • Share:

“Bukan Pelakonlah” - Datuk A Aida
Tidak pernah bercinta dengan Ahya. (Pic: Berita Harian)

Bertebaran kononnya sebelum ini, produser terkenal Datuk A Aida sedang asyik cinta bersama dengan Ahya Rosli. Malah pelakon lelaki itu sendiri mengakuinya. Januari lalu, Ahya pernah membuat pengakuan baru tiga kali keluar dating bersama Aida. Baca artikel: Ahya Baru Tiga Kali Keluar Dating Dengan A Aida.

Aida bagaimanapun hari ini menafikan perkara itu dan menganggap ia hanya salah faham yang berlaku. Hakikatnya bekas isteri kepada vokalis Spring iaitu Ameng ini sebenarnya sedang mengenali hati seseorang.

"Itu hanya gosip dan tidak benar. Saya sebenarnya sedang berkawan tapi bukan dengan pelakon.

"Jujurnya sekarang saya sedang mengenali seorang lelaki orang kenamaan," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Aida, 47, berkata dia enggan mengguris hati mana-mana pihak dengan memanjangkan gosip kononnya bercinta dengan Ahya itu.

"Industri seni ini tidak besar mana. Cukuplah dengan penafian ini kerana sudah lama saya mendiamkan diri hingga isu jadi makin meruncing," katanya.

Bercerita lanjut, Aida mengaku malu dan tidak selesa apabila dikaitkan bermain cinta dengan Ahya sehingga ada yang menyifatkan dirinya gemarkan pucuk muda.

Berbanding dengan lelaki yang sedang dikenalinya kini lebih sesuai dan berusia lingkungan umur Aida.

"Doakan yang baik-baik dan moga nanti yang baik-baik juga jadinya," katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top