CLOSE
CLOSE

“Life Must Go On” – Diana Danielle

Bertenang lebih baik daripada mengikut emosi.


  • Share:

“Life Must Go On” – Diana Danielle
Tidak mahu melayan emosi. (Pic: Instagram @dianadanielleb)

Sekalipun dihambat hal yang menyelubungi kontroversi membabitkan suaminya, pelakon, Diana Danielle, mengaku dia lebih suka mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu berbangkit.

Malah isteri kepada Datuk Farid Kamil itu enggan terheret dengan emosi jika berdepan dengan masalah.

"Sebaiknya saya memikirkan cara untuk menyelesaikannya daripada berfikir mengenai masalah yang timbul.

Ikut emosi tak selesaikan masalah.

"Jika terlalu mengikutkan emosi, ia takkan memberikan jalan penyelesaian pun. Lalu lebih baik kita fikirkan cara untuk menamatkan sesuatu isu yang timbul," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Kata ibu kepada dua anak yang kini tampil dengan rambut pendek, sekalipun kes membabitkan Farid belum selesai, dia mengambil pendekatan untuk lebih bertenang agar dapat mengawal situasi.

Perlu bertenang.

"Orang perlu faham, sebagai personaliti, saya perlu bertenang bagi mengawal situasi. Namun sebagai manusia biasa, saya tak boleh tipu apa yang dirasa.

"Begitupun, jika saya menunjukkan perasaan sebenar, saya tak nampak ia dapat meredakan situasi. So saya ambil pendekatan untuk bertenang itu lebih baik. Ia akan membantu sesuatu isu supaya tidak terus berpanjangan," katanya.

Teruskan kehidupan seperti biasa.

Di sebalik apa yang terjadi dan menjadi perhatian ramai itu, Diana dan keluarganya meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Life must go on. Saya dan suami seperti biasa melalui aktiviti harian kami.

“Tak perlu saya perincikan apa yang dirasai sekarang terhadap apa yang berlaku. Apa yang anda rasa, saya juga rasa sebegitu," katanya.

Life must go on.

Ketika ini, suami Diana itu menghadapi beberapa pertuduhan jenayah, selain tuduhan membuat laporan polis palsu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top