CLOSE
CLOSE

Anda Dah Sedia Untuk Filem Dukun 5 April Ini? Kami Sediakan Sembilan Fakta Menarik Untuk Anda

Peminat tak sabar tonton kisah cetusan ilham jenayah profil tinggi.


  • Share:

Anda Dah Sedia Untuk Filem Dukun 5 April Ini? Kami Sediakan Sembilan Fakta Menarik Untuk Anda
Penantian hampir 12 tahun akhirnya tamat. (Pic: Astro Shaw / Rojak Daily Kaw!)

Anda sudah sedia menemui perempuan kebaya merah yang sebenar? Khamis ini jawapannya ada di pawagam di seluruh negara apabila filem seram yang dinantikan ramai, Dukun bakal ditayangkan selepas hampir 12 tahun terperam.

Biar pihak penerbit sebelum ini hanya menyatakan filem arahan Dain Iskandar Said itu sekadar mengambil ilham daripada kisah benar, rata-rata melihat ia adalah adaptasi kes jenayah profil tinggi membabitkan kematian seorang ahli politik yang dikerat 18 pada tahun 1993.

Apakah yang anda tahu mengenai Dukun yang dikatakan sarat babak mendebarkan dan penuh misteri di bawah garapan pengarah prolifik, Dain Said? Di bawah dicatatkan beberapa fakta menarik berkenaan filem yang dinantikan ramai ini.

1.  Sebanyak RM2.8 juta diperuntukkan sebagai bajet.

2.  Penggambaran filem dimulakan selepas lima tahun pelaku kes yang disebut sebagai sumber pencetus idea hingga dukun direalisasikan, Mona Fendey dan dua lagi tertuduh, suaminya dan pembantu mereka dihukum mati di tali gantung.

3.  Menurut kenyataan wakil Astro Shaw ketika pembikinan Dukun, plot filem ini sebenarnya lebih kepada cara seorang peguam menyelesaikan kes pembunuhan serta perjalanan perbicaraan.

4.  Datin Paduka Umie Aida dikatakan sanggup membela ular bagi memahami reptilia itu sebagai usaha menghayati watak wanita bernama Diana Dahlan yang menggunakan ilmu hitam dalam mengamalkan perubatan tradisional.

5.  Selain Umie, filem itu membariskan Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Elyana, Avaa Vanja dan Bront Palarae.

6.  Penggambaran filem itu bermula pada Julai 2006 dan antara lokasi pilihan adalah Penjara Pudu Kuala Lumpur yang ketika itu sudah dikosongkan.

7.  Di Penjara Pudu saja merakam 11 babak penting termasuk kelibat Diana yang dipaparkan merangkak seperti labah-labah.

8.  Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Zaman Khan, yang juga individu penting yang mengendalikan kes Mona Fendey dipertanggungjawabkan sebagai penasihat manakala skrip ditulis Huzir Sulaiman.

9.  Selepas satu babak ‘bocor’ beberapa minit sekitar 2011, baru-baru ini sekali lagi paparan berdurasi lebih sejam filem itu dikongsi secara haram di laman sosial.

Filem yang dinantikan.

Mesti anda dah tak sabar menantikan filem Dukun. Jangan lupa bermula Khamis, 5 April ini di pawagam seluruh negara.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top