CLOSE
CLOSE

Adele Sambut Ulang Tahun Ke-30 Dengan Tema Titanic

Adele jadi Rose DeWitt Bukater.


  • Share:

Adele Sambut Ulang Tahun Ke-30 Dengan Tema Titanic
Foto: Instagram/@adele

Selamat hari jadi Adele! Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30, penyanyi yang berasal dari England ini menyambut pesta keraian dengan tema yang sedikit berbeza, tema Titanic!

 

Berperanan sebagai watak utama dalam filem Titanic, penampilan Adele berubah sama sekali apabila dia menjelma sebagai Rose DeWitt Bukater, lakonan Kate Winslett.

 Suasana majlis bertukar seperti di dalam kapal Titanic.

Majlis yang turut dihadiri oleh ahli keluarga dan sabahat baik Adele ini bertukar suasana seperti mereka berada di dalam kapal Titanic, menari dan bergembira seperti mana babak Rose sedang bergembira bersama kekasihnya.

 

Gambar hitam putih yang baru dimuat naik kurang 24 jam yang lalu turut mendapat hampir 1.7 juta likes serta 19,000 komen ucapan hari jadi.

 Selamat hari jadi Adele!

Tulis Adele di Instagramnya, "Dirty 30! I'm not sure what I'm going to do for the next 30 years as I've been blessed beyond words in my life so far. Thank you to everyone for coming along for the ride the last 11 years with me. My family and friends for entertaining my super fandom of the Titanic movie. Last night was the best night of my life. Here's a couple pics."


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top