CLOSE
CLOSE

“Ew? Kalau Hati Dengan Akal Bersih, Tak Ada Maknanya Tergugat” – Kilafairy

Dianggap tidak menghormati bulan Ramadan


  • Share:

“Ew? Kalau Hati Dengan Akal Bersih, Tak Ada Maknanya Tergugat” – Kilafairy
Pelakon dan penyanyi Kilafairy membidas komen-komen negatif yang ditulis di Instagram miliknya.

Komen-komen tersebut bermula selepas Kila memuat naik beberapa foto percutiannya di Paris, Perancis sejak lima hari lalu.
Antara artis yang memiliki bentuk badan yang cantik.
Foto-foto yang dimuat naik Kila mendapat perhatian netizen kerana pakaian yang dipakai dianggap terlalu seksi dan tidak bersesuaian untuk digayakan pada bulan Ramadan.

Malah mereka juga menyifatkan gaya pemakaian Kila tidak menghormati bulan Ramadan kerana mempamerkan aset tubuhnya.
Terkenal dengan hashtag #bodygoals dikalangan peminatnya.
Pada mulanya aktres cantik ini tidak memberikan sebarang respon namun komen yang ditulis oleh salah seorang pengikut Instagramnya telah menarik perhatian Kila.

“Puasa aku tergugat” tulisnya ringkas. Komen tersebut kemudiannya dibalas oleh Kila.


Sementara itu, ruangan komen foto itu semakin hangat apabila netizen mula menyerang Kila dengan memerli dan meningalkan komen-komen sinis kepadanya.



  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top