CLOSE
CLOSE

10 Playlist Pilihan Rojak Daily Minggu Ini

Lagu no. 3: Pasti buat anda menari.


  • Share:

10 Playlist Pilihan Rojak Daily Minggu Ini
Senarai wajib dengar.

Pastikan lagu-lagu di bawah ada di dalam playlist anda untuk mengharungi minggu ini. Good luck!

 1) Gwen Stefani – Make Me Like You

Lagu ini sesuai untuk anda yang baru sahaja berpasangan ataupun mungkin sedang berada di dalam fasa perkenalan. Jangan sampai kena friendzone pula ya!

2) Hazama – Di Amaran Mama

Lagu dengan lirik dan irama yang catchy ini senang menangkap telinga. Dengarkan nasihat mama dari Hazama ini untuk anda yang sedang dilamun cinta. 

3) Justin Timberlake – Can’t Stop the Feeling

Lagu ini baru sahaja dirilis pada minggu lepas. Menariknya muzik videonya, ada ramai wajah-wajah terkenal Hollywood yang turut menjadi cameo

4) Isyana Sarasvati - Tetap Dalam Jiwa

Lagu ini menjadi pilihan pendengar setelah mnejadi lagu tema bagi sebuah drama baru-baru ini. Sedih liriknya. Siapa yang sedang dalam situasi ini, bertenanglah.

5) Grace – You Don’t Own Me ft. G-Eazy

Ya, lagu untuk anda yang juga sedang bermasalah dalam hubungan cinta. Kalau yang tiada masalah cinta pun tak apa. Enjoy the song! 

6) SonaOne – Firefly

Menjadi single pertama SonaOne menerusi album terbaharunya, Growing Up Sucks, yang baru sahaja dikeluarkan. Irama lagu ini sangat mudah diingati dan masuk dalam kepala.

7) The Chainsmokers - Don’t Let Me Down ft Daya

Mari layan muziknya yang rancak untuk anda menghabiskan hari supaya cepatlah datang hujung minggu. 

8) Aizat Amdan – Bagai Hidup Semula

Menerusi muzik video ini, Aizat membawa kita ke perjalanannya untuk kurus. Ambil semangat Aizat menerusi lagu ini untuk anda juga tampil bersemangat untuk kurus. 

9) Khalifah – Hang Pi Mana

Buka mana-mana radio sekarang, lagu ini sedang rancak diputarkan. Mula-mula dengar memang kelakar tapi dua kali dengar boleh jatuh suka.

10) Alicia Keys - In Common

Alicia Keys tampil dengan single terbaharunya, "In Common", selepas album terakhirnya pada tahun 2012, Girl on Fire


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top