CLOSE
CLOSE

Ujibakat Asia's Got Talent 3 Kini Dibuka, Anda Mungkin Pemenang Seterusnya

Good luck, Malaysia!


  • Share:

Ujibakat Asia's Got Talent 3 Kini Dibuka, Anda Mungkin Pemenang Seterusnya
Foto: www.axn-asia.com

Kehangatan program pencarian bakat terkenal Asia, Asia's Got Talent bakal tercetus apabila musim ke-3 rancangan ini bakal berlangsung tidak lama lagi.

 

Ujibakat telah mula diadakan di bandar-bandar besar di Asia seperti Bangkok, Singapura, Manila, Ho Chi Minh City, Jakarta dan destinasi terakhir, Kuala Lumpur! Jika anda mahu menjadi seperti pemenang musim ke-2, The Sacred Riana yang membawa pulang hadiah utama USD 100,000, ini peluang anda.

 

Ujibakat di Kuala Lumpur akan diadakan pada 8 Julai 2018, Ahad, bertempat di Taylor's University Lakeside Campus bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

 

Jika anda tidak berkesempatan untuk hadir, anda turut boleh menyertai ujibakat secara online. Hantarkan video bakat anda tidak lebih dari dua minit di sini. Tarikh tutup ujibakat online adalah pada 9 Julai 2018.

 

Terdahulu, seorang peserta dari Malaysia, Mafarikha berjaya menarik perhatian juri dengan persembahan nyanyiannya namun kecundang untuk ke peringkat akhir.

 

Ayuh Malaysia, serlah bakat terpendam anda dan selamat mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asia.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top