CLOSE
CLOSE

Malaysia Habiskan Masa Dengar K-Pop Hingga Berbilion Jam?

Statistik terkini daripada Spotify!


  • Share:

Malaysia Habiskan Masa Dengar K-Pop Hingga Berbilion Jam?
Penghujung tahun lalu penstriman muzik Spotify telah pun berkongsi data muzik kegemaran Malaysia. Nama seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Ed Sheeran antara yang mendapat penstriman tertinggi.

Kali ini Spotify sekali lagi berkongsi data terbaru mereka bersempena ulang tahun mereka ke-5 selepas memulakan operasi di Malaysia pada April 2013.

Seperti yang dijangka, Datuk Siti Nurhaliza masih kekal menjadi artis wanita dengan jumlah penstriman tertinggi mengalahkan Yuna, Ziana Zain, Wany Hasrita dan Fish Leong.

Masih penyanyi nombor satu!
Bagi penyanyi lelaki pula, Faizal Tahir menduduki tempat pertama menundukkan Haqiem Rusli, Malique, Sufian Suhaimi dan Joe Flizzow.

Unic pula menjuarai kategori artis kumpulan dengan penstriman yang tinggi manakala Ed Sheeran bagi kategori artis antarabangsa.

Bagaimanapun dalam kesemua statistik ini, terdapat info yang lebih menarik buat anda. Menurut Spotify, muzik K-Pop telah distrim lebih 1.4 bilion jam oleh pengguna di Malaysia!

Walaupun tidaklah mencecah 2.6 bilion, namun jumlah ini sebenarnya agak tinggi. Jika dikira mengikut tahun, ia bersamaan hampir 160,000 tahun.

Senarai penstriman tertinggi.
Dengan adanya statistik ini, terbuktiklah Malaysia antara penyumbang kepada kebangkitan K-Pop.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top