CLOSE
CLOSE

“Selamat Lahirkan Baby Lee” – Adam Corrie Dapat Anak Lelaki Di Usia 50 Tahun

Sabar dan doa itu kuncinya. Tahniah Adam Corrie dan isteri.


  • Share:

“Selamat Lahirkan Baby Lee” – Adam Corrie Dapat Anak Lelaki Di Usia 50 Tahun
Pelakon Adam Corrie, 50, meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40, selamat melahirkan bayi lelaki.

Anak sulungnya  itu selamat dilahirkan di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Ampang pada Rabu.

Adam memaklumkan berita gembira itu dengan memuat naik foto bersama bayi comel itu menerusi
akaun Instagramnya.
 
 

Alhamdulillah ❤️ #adamcorrie #babyLee #adamfazi❤️

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Bagaimanapun Adam masih belum mendedahkan nama penuh anaknya dan hanya memberikan nama gelaran ‘baby Lee” beserta hashtag #adamfazi.

“Alhamdulillah, bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih yang mendoakan kesejahteraan kami.

“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang. #adamcorrie #babylee #adamfazi,” tulisnya.
Rezeki di usia 50 tahun.
Sementara itu, rata-rata pengikut Instagramnya mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan dan mendoakan kesihatan ibu dan juga anak mereka.

Pelakon filem KL Gangster ini juga memaklumkan akan berkongsi nama cahaya mata sulungnya itu selepas tujuh hari dilahirkan.

Terdahulu, Adam dan Fazema telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top