CLOSE
CLOSE

“Tengok Kawan Dah Ada Anak Rasa Macam Seronoknya...” – Kaka Azraff

Salah satu cara untuk elak rasa lonely, sibukkan diri.


  • Share:

“Tengok Kawan Dah Ada Anak Rasa Macam Seronoknya...” – Kaka Azraff
Penyanyi Kaka Azraff, 29, akui masih belum menemui lelaki yang sesuai dan benar-benar serasi untuk dijadikan kekasihnya.

Menurut Kaka, dia meletakkan sasaran umur sebelum 30 tahun untuk menamatkan zaman bujangnya.
Kaka akui terkesan melihat rakan-rakan yang sudah berkahwin.
“Tipulah kalau saya kata tidak terkesan, kadang-kadang tu bila tengok kawan-kawan sudah berkahwin dan ada anak rasa macam seronoknya.

“Sebab itu saya sibukkan diri jadi bila bekerja saya tidak ada masa untuk memikirkan tentang perkara itu.
Tak mahu fikir soal jodoh, Kaka sibukkan diri.
“Bukan ambil remeh tentang soal jodoh tapi buat masa sekarang lebih baik saya berikan fokus sepenuhnya untuk kerjaya.

“Kalau boleh saya mahu berkahwin sebelum usia 30 tapi tak mengapalah, jodoh dan pertemuan itu semuanya ketentuan tuhan.
Kaka akan berkongsi berita gembira sekiranya sudah bertemu jodoh.
“Saya percaya masanya akan tiba juga. InshaAllah andai sudah bertemu jodoh saya akan kongsikan berita itu dengan semua,” katanya.

Kaka ditemui pada majlis pelancaran single keenamnya berjudul Sibuk bertempat di Warner Music Malaysia, Menara TSR, pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Kaka baru saja melancarkan single terbaru berjudul, Sibuk bersama Alif yang merupakan bekas anggota kumpulan Sleeq.
 
 

2 HARI LAGI! Really can't wait for this! 😍 #kakasibuk

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on

Selain itu, Kaka juga baru saja selesai menjalani penggambaran filem terbitan Indonesia, Zharfa The Movie.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top