CLOSE
CLOSE

“Penat Paksa Diri Untuk Bercakap, Maaf Jika Ada Yang Terasa Hati”- Ardell Aryana

Ardell dikhabarkan menghidap kanser tahap 3.


  • Share:

“Penat Paksa Diri Untuk Bercakap, Maaf Jika Ada Yang Terasa Hati”- Ardell Aryana
Pelakon Ardell Aryana memohon maaf sekiranya ada pihak terasa hati dengan tindakannya yang memilih untuk mendiamkan diri.

Ardell membuat permohonan maaf itu menerusi entri terbaru yang dimuat naik di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Kata Ardell, dia tidak berniat untuk melakukan perkara tersebut sebaliknya memerlukan sedikit masa untuk dirinya sendiri.
Ardell lebih selesa berdiam diri.


“Saya kurang bercakap sejak akhir-akhir ini dan saya penat memaksa diri untuk bercakap, berjumpa orang dan berkomunikasi.

“Saya minta maaf sekiranya tindakan itu melukakan hati orang sekeliling yang bertanya khabar sama ada menerusi kiriman mesej peribadi, email dan juga menghubungi saya tetapi tidak berjawab.

“Saya hanyalah manusia biasa yang memerlukan masa untuk diri sendiri. Terlalu banyak tekanan terhadap saya sebagai manusia biasa.
Ardell perlukan masa untuk diri sendiri.
“Saya juga punyai hati, jadi buat masa sekarang saya hanya lakukan kerja dan buat apa saja yang saya mahu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ardell juga mengakui keluarganya turut terasa hati apabila dia jarang bercakap dengan mereka

“Bukan saja orang luar malah keluarga saya sendiri juga turut kadang-kadang terasa hati kerana saya kurang bercakap dengan mereka.
Sedia maklum keluarga juga adakalanya turut terasa dengan kelakuannya.
“Memang benar kadangkala saya ada mood untuk bercakap, gelak dan sebagainya tetapi bukan setiap masa,” luahnya.

Bagaimanapun, Ardell menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada pengikut yang mendoakan kesejahteraan dirinya.

“Setiap hari saya berkongsi apa yang saya rasakan dan perkongsian itu bukanlah untuk meraih simpati.

“Jauh dilubuk hati saya sangat menghargai segala usaha dan doa kalian. Kepada keluarga, terima kasih kerana memahami. Sekali lagi SAYA MINTA MAAF,” coretnya.
Luahan Ardell.
Terdahulu, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28 dikhabarkan menderita penyakit kanser tahap 3.

Ardell juga menjadi perhatian netizen selepas memuat naik video berkerusi roda yang menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan kesihatannya pada 9 Julai lalu.

Sebelum ini, rakan baiknya pelakon Nadzmi Adhwa memuat naik status di laman Instagramnya menasihati Ardell supaya tidak cepat mengalah dengan ujian Allah.
 
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top