CLOSE
CLOSE

Dua Minit Yang Penuh Kejutan, Tonton Trailer Munafik 2

Menghantui anda pada 30 Ogos ini.


  • Share:

Dua Minit Yang Penuh Kejutan, Tonton Trailer Munafik 2
Foto: Petikan dari trailer Munafik 2, GSCinemas

Filem seram yang paling dinanti-nantikan, Munafik 2 bakal menemui penonton pada 30 Ogos ini di pawagam seluruh Malaysia. 

 

Kurang dari 24 jam dikongsi di laman sosial, trailer pertama berdurasi hampir dua minit itu sarat kejutan, aksi mendebarkan dan semestinya hantu yang seram!

 

Filem yang menelan belanja sebanyak RM2.8 juta ini menampilkan Syamsul Yusof sebagai pengarah dan pelakon utama disamping barisan pelakon handalan seperti Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Mawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

 Poster filem Munafik 2.

Bakal menjadi filem pecah panggung, Munafik 2 akan ditayangkan di 130 panggung seluruh Malaysia, filem ke-10 arahan Syamsul ini akan turut ditayangkan di Indonesia selain tayangan serentak di Singapura dan Brunei.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top