CLOSE
CLOSE

Fazley Yaakob Dan Isteri Bersanding Kali Kedua November Depan

Menjemput teman rapat yang tidak dapat hadir pada majlis perkahwinannya 12 tahun lalu.


  • Share:

Fazley Yaakob Dan Isteri Bersanding Kali Kedua November Depan
Foto: Instagram @fazleyyaakob

Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob dan isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz akan naik pelamin untuk kali kedua pada November depan.

 

Fazley yang pernah meluahkan hasrat bersanding semula itu berikutan persandingan pertamanya pada tahun 2007 itu penuh kontroversi apabila ibu Azreen iaitu Datin Seri Rosmah Mansor tidak merestuinya.

 Pasangan bahagia, Fazley dan Azrene.

Memetik temubual Datuk Fazley kepada Mstar, “InsyaAllah perancangannya bulan November depan kerana kami bernikah pada 7 November, mungkin dalam minggu itu. Persiapan sudah dirancang atas kertas cuma belum secara fizikal."

 

Fazley dan Azrene mahu melakukan majlis tersebut secara sederhana bagi meraikan ahli keluarga, rakan-rakan dan teman media yang tidak dapat hadir pada majlis perkahwinannya 12 tahun lalu.

 

Kini, Fazley dan Azrene bahagia dengan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma, tujuh bulan.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top