CLOSE
CLOSE

“Saya Dah Kena Marah, Cakap Merepek” – Umie Aida Enggan Komen Isu ‘Rela Bermadu’

Tak mahu komen isu sensitif.


  • Share:

“Saya Dah Kena Marah, Cakap Merepek” – Umie Aida Enggan Komen Isu ‘Rela Bermadu’
Pelakon Datin Seri Umie Aida enggan mengulas lanjut berhubung isu rela hidup bermadu.

Menurut laporan Harian Metro, Umie tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut.

“Kalau mengenai isu itu (rela bermadu), taknak komen.
Umie enggan komen.
“Saya dah kena marah, cakap merepek.

“Minta maaf ya. Terima kasih,” tulisnya dengan jawapan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, Umie ada memuat naik fotonya berlatar belakangkan Kaabah di Instagram (IG) dengan menulis kapsyen mengizinkan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkahwin lain pada Sabtu lalu.
Umie merupakan adik kepada pelakon dan pengarah Erma Fatima
Bagaimanapun, status kapsyen pada foto dimuat naik Umie beberapa hari lalu itu sudah pun dipadamkannya.

Sebelum ini, kakak Umie yang juga merupakan pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima juga memberikan komen mengenai isu tersebut.

Menurut Erma, kehidupan bermadu bukan perkara mudah dan dia sendiri pernah melaluinya
Umie bersama Erma.
“Kahwin lagi satu dan hidup bermadu bukannya mudah kerana ia membabitkan tiga individu.

“Jika salah seorang tidak terima dan salah seorang tidak tahu bersyukur atau erti reda, lebih baik lupakan sajalah,” katanya.

Kata Erma lagi, jika kita bermadu perlulah menghormati hak isteri yang pertama.
Erma Fatima.
“Sudahlah ambil suami orang. Dan hargailah hak orang kita ambil itu.

“Dalam hal ini, bukan saya tidak menyokong hidup bermadu tapi ia berdasarkan pengalaman hidup saya yang pernah bermadu,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top