CLOSE
CLOSE

Bapa Meninggal 5 Hari Sebelum Birthday Pertama, Wani Kayrie Sebak Lihat Gambar Arwah di Pentas Big Stage

Wani Kayrie tak sempat merasai kasih sayang bapa


  • Share:

Bapa Meninggal 5 Hari Sebelum Birthday Pertama, Wani Kayrie Sebak Lihat Gambar Arwah di Pentas Big Stage
Bintang Big Stage, Wani Kayrie mengaku tidak sempat merasa kasih sayang seorang bapa apabila lelaki kesayangannya itu pergi meninggalnya ketika berusia satu tahun.

Wani, 18, berkata, hanya potret bapa menjadi peneman dan penguat semangat buat dirinya setiap kali rindu atau ketika susah hati.

"Wani banyak tahu tentang bapa daripada ibu...Kata Ibu, arwah ayah pandai menyanyi" -  Wani Kayrie

“Sebenarnya setiap kali teringat tentang ayah, hati jadi sayu. Maklum sahajalah, saya membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.

“Setiap kali rindu atau teringat, saya hanya tengok gambar. Masa arwah tinggalkan saya dan ibu, saya baru umur setahun.

"Kata ibu arwah meninggal kerana kanser dan meninggal lima hari sebelum hari jadi saya yang pertama,” katanya.

Permata hati Wani...Ibu yang juga bapa kepada Wani

Dalam pada itu Wani turut mengakui fokusnya sedikit terganggu apabila visual dia bersama bapa dipaparkan menerusi skrin di pentas Big Stage sebelum memulakan persembahan.

“Ya, saya sebak bila tiba-tiba nampak wajah ayah di layar lebar, sebab saya tak tahu mereka akan mainkan visual tersebut. Saya kawal perasaan dan pandang ke lantai sahaja sambil tetapkan hati.

Bertenaga di awal persembahan, tetapi sedikit mengah dipenghujung - Datuk Seri Siti Nurhaliza

"Saya tak mahu sedih sebab saya kena nyanyi lagu rock. Sepanjang persembahan saya penat kerana terpaksa menahan rasa sebak.

“Tambahan lagi, kesihatan saya juga tidak mengizinkan. Apapun saya terima komen diberikan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan mengambilnya sebagai nasihat yang positif,” ujarnya.

Wani mengalami sakit tekak sejak Jumaat, tetapi pulih ketika malam latihan penuh pada Sabtu. Namun, kesakitan tersebut berulang pada hari siaran langsung konsert yang sedikit sebanyak menurunkan prestasi persembahannya.

Letih dan tak cukup rehat menurunkan prestasi persembahan Wani Kayrie

Kurang rehat dan keletihan juga antara faktor menyebabkan Wani kelihatan kurang bertenaga dalam nyanyiannya seperti yang diperkatakan oleh juri profesional, Siti Nurhaliza.

Di minggu kedua Big Stage, Wani yang menyanyikan lagu dendangan kumpulan Candy, berjudul Akan Ku Tunggu menjadi peserta dikedudukan tiga terendah bersama Ariff Bahran dan Fara Hazel.

Bottom Three...Ariff Bahran, Wani Kayrie dan Fara Hazel

Nasib menyebelahi Wani apabila Fara Hazel yang menyampaikan lagu berjudul Cinta Tersimpul Rapi nyanyian Anis Suraya menjadi bintang pertama Big Stage tersingkir.

Tinggal sembilan lagi bintang yang akan meneruskan perjuangan dalam Big Stage iaitu, Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Sissy Iman termasuk Wani Kayrie.

Fara Hazel sepatutnya berduet dengan Sufian Suhaimi jika tidak disingkirkan

Minggu ketiga yang bertemakan 'cover sama-sama up' bakal menyaksikan kesemua bintang Big Stage berduet dengan artis popular seperti Ayda Jebat, Zizi Kirana, Ismail Izzani, Wany Hasrita, Indah Ruhaila, Shiha Zikir, Haqiem Rusli, Hael Husaini dan Ara Johari.

Program yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
 
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top