CLOSE
CLOSE

Gelagat Komedi Anak-Beranak Tertukar Badan, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton 'Berani Jadi Papa'

Kini di Astro First Eksklusif (Saluran 480).


  • Share:

Gelagat Komedi Anak-Beranak Tertukar Badan, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton 'Berani Jadi Papa'
Foto: Astro First

Musim cuti sekolah ini, banyak stesen TV berlumba-lumba menyiarkan program yang menawan hati keluarga. Salah satu program yang sesuai ditonton seisi keluarga adalah filem televisyen (FTV), 'Berani Jadi Papa' yang kini berada di Astro First Eksklusif (saluran 480).

 

Diarahkan oleh Umi Salwana Omar, ‘Berani Jadi Papa’ adalah buah tangan terbaharu daripada Red Communications Sdn. Bhd. dan buat julung kalinya, ia menampilkan gabungan tiga generasi yang bertindak sebagai pengemudi utama iaitu Dato’ Awie, Ungku Hariz dan Rykarl Iskandar.

  Kini di Astro First Eksklusif (saluran 480)

‘Berani Jadi Papa’ memaparkan kisah kesetiaan sebuah persahabatan dan kerakraban hubungan di antara anak dan ayah yang mana masing-masing mempunyai masalah dan isu yang perlu dihadapi dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.

 

Menyukarkan lagi keadaan apabila mereka menjalani kehidupan tanpa kehadiran susuk seorang wanita yang dipanggil ibu atau isteri.

 

Berkesempatan menonton filem ini semalam menerusi Astro First Eksklusif, ternyata 'Berani Jadi Papa' adalah sebuah cerita yang sarat mesej dan nilai kemanusiaan dan pada masa yang sama boleh membuatkan anda ketawa.

 

Apa yang membuatkan anda juga perlu menonton filem ini?

1. Jalan cerita

Tertukar badan.

Biarpun jalan cerita dikatakan sama dengan filem Hollywood seperti 'Freaky Friday', '17 again' dan '13 Going On 30', 'Berani Jadi Papa' ada sisi bezanya. FTV yang bertunjangkan kekeluargaan ini memberikan mesej yang dapat membuka mata golongan ibu bapa untuk menyelami dunia anak-anak dan cuba memahami isu-isu yang yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

 

Pada masa yang sama, anak-anak juga perlu tahu apakah masalah yang dilalui oleh ibu bapa dan menghargai setiap pengorbanan mereka dalam membesarkan anak-anak. Anda rasa ceritanya berat? Tidak sama sekali. FTV ini diolah dalam jalan cerita yang begitu ringan dan menepati semua peringkat umur.

2. Barisan pelakon 

Rykarl Iskandar, Ungku Hariz dan Dato' Awie

Sejujurnya, ini kali pertama kami menonton lakonan Ungku Hariz. Gandingan Ungku Hariz dan sebagai papa dan Rykarl Iskandar sebagai Ayim sangat menghiburkan. Mereka berdua membawakan watak papa dan Ayim dalam cara yang paling bersahaja namun sangat menyakinkan.

 

Selain papa dan Ayim, naskhah ini turut diperkuatkan dengan Dato Awie sebagai penyanyi veteren yang hampir sendu dan Kismah Johar sebagai Tok Wan kepada Ayim. Memang mencuit hati!

3. Sani Joned

Dato' Awie sebagai penyanyi veteran yang sendu.

Dia pandai menyanyi, dia juga pandai memasak. Tapi apabila disuruh masuk rancangan Gegar Vaganza, awalnya dia menolak kerana takut digelar sendu. Itulah Sani Joned! Dato' Awie memegang watak sebagai Sani Joned, seorang penyanyi veteran yang mahu kekal releven dalam tahun 2018 ini. Tahniah diucapkan kepada Dato' Awie kerana membawakan karekter ini dengan cukup baik.

 

Dari segi penghayatan, pemakaian dan gaya cakap, Sani Joned antara penyeri dalam 'Berani Jadi Papa'. Terlalu taksud dengan lagunya yang bertajuk "Hey Anak Muda" juga cukup membuatkan kami ketawa. Lagu ini  turut menjadi lagu runut bunyi khas untuk ‘Berani Jadi Papa’ yang mendapat sentuhan Anas Amdan selaku penulis lirik dan pencipta lagu.

4. Komedi ringan

Pasti buat anda gelak ketawa.

Walaupun mesej dan nilai yang dibawa cukup dalam, FTV ini merupakan sebuah naskhah segar yang senang membawa penonton untuk menghayatinya. Menyerupai ciri-ciri siri kekeluargaan yang lain iaitu mengetengahkan elemen komedi, inilah antara genre yang menjadi kegemaran penonton di Malaysia.

 

Kredit harus kami berikan kepada Tok Wan lakonan Kismah Johar yang sentiasa membuatkan kami tertawa dengan kemunculannya. Menumpahkan sepenuh kasih sayang pada cucunya, Ayim, Tok Wan merupakan pemandu bas sekolah yang bertanggungjawab membawa Ayim ke sekolah setiap hari. Adegan bawa bas juga dilakukan sendiri olehnya tanpa bantuan kerana beliau tahu memandu bas!

5. Pasukan produksi

Sarat mesej dan nilai.

Siapa tak kenal dengan pasukan produksi Red Communications Sdn. Bhd.? Disinilah filem-filem hebat seperti 'Gol & Gincu', 'Gol & Gincu 2', 'Istanbul Aku Datang', 'Manisnya Cinta Di Cappadocia', 'Songlap', 'Pisau Cukur' dan banyak lagi karya mereka berjaya dijulang.

 

Filem ini mendapat sentuhan Umi Salwana Omar sebagai pengarah, lakon layar dan cerita asal adalah nukilan Nadia Khan dan Mamu Vies, manakala Lina Tan merangkap Penerbit Eksekutif. Berdurasi selama 90 minit, penggambaran ‘Berani Jadi Papa’ telah dijalankan di sekitar Lembah Klang selama 12 hari (Sept - Okt 2018) untuk diselesaikan.

 

Kalau anda penggemar naskhah-nashkhah dari Red Communications Sdn. Bhd., anda juga harus menonton 'Berani Jadi Papa' kerana kerana corak penyampaiannya pasti kena dengan citarasa anda.

  Ayim dan papa.

'Berani Jadi Papa' mengisahkan Hubungan Kamal (Ungku Hariz) dan anaknya, Ayim (Rykarl Iskandar), menjadi renggang sejak isteri Kamal iaitu ibu Ayim meninggal dunia. Kamal kini membesarkan Ayim sebagai ayah tunggal. Pada suatu hari, Kamal dan Ayim bertengkar dalam perjalanan ke sekolah dan tanpa diduga, Kamal dan Ayim tertukar badan dalam pertengkaran tersebut.

 

Kamal dan Ayim terpaksa melalui kehidupan dalam tubuh mereka yang baru, menimbulkan pelbagai masalah dan kekeliruan. Keadaan bertambah kalut apabila artis veteran yang diuruskan oleh Kamal, Sani Joned (Dato’ Awie), terpaksa tinggal di rumah mereka akibat masalah kewangan. Kamal dan Ayim bukan saja perlu belajar hidup dalam tubuh yang baru, malah terpaksa berusaha keras untuk mempopularkan semula seorang artis veteran yang kini makin dilupai.

 

'Berani Jadi Papa' kini bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 bermula 6 Disember 2018.Dengan hanya RM 15.00 (tidak termasuk cukai), penonton boleh menonton ‘Berani Jadi Papa’ dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian.

 

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, FTV ini boleh turut didapati menerusi platform digital, ‘on demand’.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top