CLOSE
CLOSE

Bagaimana Make-Up Bouquet Ini Boleh Buat Si Dia Tersenyum Dan Poket Anda Kosong

Hati wanita mana tak cair kalau dapat sejambak alat solek?


  • Share:

Bagaimana Make-Up Bouquet Ini Boleh Buat Si Dia Tersenyum Dan Poket Anda Kosong

Bersendirian di sebalik nama J Party Havoc, anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan ini gigih berusaha membangunkan sebuah syarikat perancang parti sehinggalah satu ketika, gambar hasil ciptaannya viral merata. Airin Yusmira, 26 tahun, bersyukur setelah viralnya gambar make-up bouquet itu, dia tak menang tangan menerima tempahan. Bermula dari sekadar hobi, kini hobi ini bercambah menjadi minat dan sekaligus menjana pendapatan. "Sememangnya menjadi impian saya untuk merealisasikan impian orang dan apabila mereka gembira, saya turut suka", jelas gadis manis ini bersemangat.

Idea mula tercetus daripada adiknya sendiri. “Dia dapat gambar satu make-up bouquet dari tunang dia dan cabar saya kata dia nak sebiji macam gambar tu.  Saya pun ambil cabaran dan pergi ke Sephora, beli segala alat solek yang perlu kerana saya tahu citarasa tunang dia macam mana. Saya siap buat pembalut custom made menyerupai warna rasmi Sephora iaitu pink, hitam dan putih, print dan jadikan make-up bouquet itu satu realiti". Bermula dari satu gambar Google pada Disember 2016, J Party Havoc kini semakin dikenali walaupun hanya sekadar 'kedai' online.

Gambar: J Party Havoc

Ketika menerima permintaan daripada pelanggan, jika mereka dah tahu jenama dan alat solek apa yang mereka perlukan, ia memudahkan kerjanya. "Saya hanya perlu ke Sephora dan mencari alat solek yang mereka mahu mengikut jenama. Jika ada yang menyerahkan pada saya bulat-bulat, saya biasanya akan meletakkan alatan asas solekan seperti set bedak asas, pemerah pipi, palet pembayang mata, set berus, pelentik bulu mata, maskara serta gincu. Selain itu, saya juga akan letakkan mask muka sebagai saguhati. Selalunya, saya akan minta gambar si penerima untuk memastikan gincu yang dipilih bersesuaian dengan personaliti ataupun kulit penerima.  Antara jenama yang sering digunakan adalah Urban Decay, Marc Jacobs, Sephora, Benefits, 3CE, Kat Von D, Too Faced, Tarte dan sebagainya".

Sudah menjadi sifat semulajadi wanita, memang senang cair hatinya kalau dihadiahkan sejambak alatan solek. Menurut Airin, "Memang rata-rata wanita yang menerima hadiah make-up bouquet ni happy gila. Tiada apa yang lebih menggembirakan hati saya apabila melihat pelanggan dan penerima hadiah menjerit gembira dan berpuas hati". Gadis bekerjaya yang menjadikan perancang parti ini sebagai kerjaya keduanya, Airin dan pasukannya sedaya upaya akan menghantar sendiri bouquet tersebut pada penerimanya.

Gambar: Azwa/Rojak Daily

Bouquet yang asal tanpa alat solek akan dilengkapi dengan bunga segar, pembalut custom made Sephora hasil rekaannya beserta dengan nama penerima, lengkap dibalut indah dan dihantar pada penerima pada harga RM250. Untuk alat solek, ia terpulang pada bajet masing-masing. "Antara tempahan yang saya terima adalah make-up bouquet berharga RM650, RM900 dan juga RM1,500. Paling minumun adalah set makeup bouquet berharga RM650 tapi jika ada bajet lebih, nak nampak gah, cantik, besar dan paling ramai orang tempah tu, RM900. Tapi bergantung pada bajet anda, saya boleh buat serendah RM500", ujar Airin lagi.

Gambar: Azwa/Rojak Daily

Bila sesuatu tempahan itu mula dibuat, proses pertama adalah membeli alat solek berdasarkan permintaan pelanggan. Tambah gadis ini lagi, "jika tarikh penghantaran itu terlalu dekat, selalunya saya sendiri akan Sephora dan beli namun jika ada banyak masa sebelum tarikh penghantaran, saya akan membeli alatan solek ini secara online di laman web Sephora. Kemudian saya mula menyusun alatan tersebut beserta bunga segar dan kemudian balut dengan kertas pembalut khas Sephora siap tertulis nama pelanggan. Akhir sekali, hantar".

Akibat mendapat permintaan yang tinggi di luar Lembah Klang, Airin turut mengambil inisiatif untuk memenuhi tempahan buat mereka yang jauh. "Selain menghiasnya cara hand bouquet, saya baru memperkenalkan box bouquet dimana hadiah diletakkan dalam kotak yang indah untuk diberikan pada si dia. Box bouquet ini pun mula tercetus apabila ada permintaan di Sabah, Sarawak dan juga Singapura. Kalau hantar yang hand bouquet nanti lunyai pulak hadiah jadi saya ciptakan kotak khas yang siap custom made untuk dipos pada pelanggan yang berada di seberang laut", jelasnya lagi.

Gambar: J Party Havoc

Semakin hari semakin sibuk menguruskan parti harijadi,sambutan ulangtahun dan sebagainya, impiannya untuk membesarkan lagi empayar J Party Havoc mula mencanak. Airin turut mengulas, "Sebenarnya, saya tiada kedai dan hanya mempunyai akaun sosial media seperti Instagram dan Facebook. Jadi bila hari gambar tu viral, saya pula dalam penerbangan ke London. 13 jam penerbangan, memang tak tahu apa yang terjadi di tanahair. Bila sampai je hotel di London, buka wifi, bertalu-talu mesej, notification yang tag saya dan juga ribuan orang mula follow akaun Instagram saya. Terkejut memang tak payah cerita, apa hal ni kan tiba-tiba jadi viral. Tapi saya bersyukur la kerana sebab dari situlah, pendapatan bulanan kini menjadi pendapat mingguan. Terima kasih pada yang telah mengviralkan gambar tersebut".

Gambar: J Party Havoc

Selain sibuk menerima tempahan make-up bouquet, Airin juga menerima pelbagai tempahan dan penghantaran bunga, coklat, party planner serta birthday planner. "Saya yakin bila kita buat kerja sepenuh hati, Tuhan akan balas dengan rezeki yang melimpah-ruah. Kalau nak menggunakan perkhidmatan saya, boleh nyatakan hasrat, tempahan dan kejutan yang anda inginkan disini. Insyallah saya akan cuba tunaikan mengikut bajet anda", jelasnya diakhir bicara.

Gambar: J Party Havoc
Gambar: J Party Havoc

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top