CLOSE
CLOSE

Lisa Surihani Kini Lebih Bersikap Terbuka Membabitkan Yahaira

Namun masih tetap ada syarat dan batasnya.


  • Share:

Lisa Surihani Kini Lebih Bersikap Terbuka Membabitkan Yahaira
Lisa kini lebih terbuka dengan Yahaira (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Pelakon popular Lisa Surihani kini lebih terbuka untuk membabitkan anaknya Yahaira Leanne sebagai duta produk tetapi perlu memilih tawaran yang bersesuaian sebelum membuat keputusan.

Lisa, 31, berkata, pembabitan Yahaira yang kini berusia 1 tahun 5 bulan sebagai duta untuk koleksi terbaru pereka fesyen Jovian Mandagie sejak minggu lalu dipersetujui kerana masih ada batas waktu dalam bekerja.

“Ketika mendapat tawaran itu, saya berfikir panjang juga sebelum memberi kata putus. Ini kerana ia membabitkan anak.

Akan berbincang dengan suami untuk sebarang keputusan. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

"Alhamdulillah Yahaira memberikan kerjasama baik sepanjang sesi fotografi dijalankan. Saya pun terkejut dia boleh beraksi dengan baik di depan kamera,” katanya. 

Lisa berkata, dia dan suami, Yusry Abdul Halim akan berbincang jika ada lagi tawaran lain membabitkan Yahaira selepas ini.

“Kami tak mahu main ambil saja tanpa usul periksa. Bagaimanapun, kami akan menolak tawaran itu sekiranya membabitkan dia seorang saja,” katanya.

Yusry anggap rezeki isteri dan anak. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Lisa yang melahirkan Yahaira pada 15 September 2015 sebelum ini mengeluarkan kenyataan belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya di media sosial dan terbabit sebagai duta produk. 

Lisa berkata, pembabitan Yahaira dalam bidang komersial juga bukan bermaksud dia mahu anaknya itu terbabit dalam bidang hiburan apabila dewasa nanti.

Sementara itu, Yusry menyifatkan pembabitan Yahaira bersama Lisa sebagai duta koleksi pakaian itu adalah rezeki.

"segalanya mengikut keperluan" - Lisa Surihani. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

"Saya berasakan ini masa sesuai untuk Yahaira terbabit atau muncul sebagai duta produk. Saya tak pernah berkata tidak, cuma sebelum ini belum kena pada waktunya.

"Peluang itu datang sekarang, jadi tak salah untuk menerimanya. Pada masa sama dia pun sudah boleh kenal orang. Jadi tak salah untuk membawanya ke depan, tetapi ia masih mengikut keperluan," katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top