CLOSE
CLOSE

Tindakan Terhadap 'Admin' WhatsApp Jadi Bahan Jenaka Pengguna Media Sosial

Tindakan tersebut boleh dipertimbangkan menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


  • Share:

Tindakan Terhadap 'Admin' WhatsApp Jadi Bahan Jenaka Pengguna Media Sosial
'Admin' boleh dipanggil membantu siasatan tetapi ia bergantung pada fakta dan keterangan setiap kes sama ada dikenakan tindakan atau tidak. (Gambar: Astute Solutions)

Laman media sosial khususnya di Facebook menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna hari ini apabila laporan media menyatakan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap 'admin' atau pengendali akaun mesej berkumpulan menerusi aplikasi WhatsApp.

Meskipun Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari menyatakan tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk kesalahan penyebaran maklumat palsu menerusi aplikasi popular itu, ianya masih menjadi bahan sindiran pengguna media sosial.

Ada pengguna mempersoal bagaimana keadaan jika ramai dalam kalangan mereka adalah 'admin' sama ada kesemuanya akan dikenakan tindakan undang-undang atau sebaliknya. Begitu juga, ia dijadikan bahan jenaka pengguna yang melihat pesalah kes ini masuk penjara bersama penjenayah lain yang melakukan kesalahan jenayah lebih berat.

Difahamkan, 'admin' boleh dipanggil membantu siasatan tetapi ia bergantung pada fakta dan keterangan setiap kes sama ada dikenakan tindakan atau tidak. Jailani juga menyatakan tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, 'admin' adalah individu yang bertanggungjawab terhadap ahlinya.

Malah, 'admin' boleh dikenakan tindakan sekiranya terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu tersebar secara sengaja, katanya seperti dilaporkan BH Online.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top