CLOSE
CLOSE

4 Hidangan Terbaru Coffee Bean & Tea Leaf, Sesuai Untuk Anda Berbuka Puasa

Cuba beri kelainan berbuka puasa dengan sajian kek dan pai pula.


  • Share:

4 Hidangan Terbaru Coffee Bean & Tea Leaf, Sesuai Untuk Anda Berbuka Puasa
Foto: The Coffee Bean & Tea Leaf®

Sempena bulan Ramadan dan lebaran ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) memberikan nafas baharu kepada hidangan-hidangan kegemaran anda. Menu baharu dan edisi terhad ini direka untuk membangkitkan deria rasa agar pengunjung dapat meraikan musim perayaan dengan lebih ceria. Kalau selalu lepak (CB&TL), anda selalu menikmati kopi sahaja, apa kata cuba hidangan terbaru mereka ini. Pilihan manis dan savuri kali ini pasti memenuhi selera semua!

1) Straits Cake



Gabungan kek span pandan dengan rasa manis asli gula melaka yang sungguh enak, disaluti pula dengan keju krim dan taburan empingan kelapa kering.

2) Chicken Rendang Pull Apart



Pilihan terbaik untuk snek yang senang dikongsi bersama rakan atau keluarga. Hidangan-hidangan ringan ini sesuai dipasangkan dengan Mint Lime Tea yang menyegarkan

3) The Chocolate Earl



Kek lazat yang penuh dengan keunikan aroma daun teh Earl Grey disaluti lapisan coklat ganache halus. Kek ini sesuai dinikmati dengan secawan Earl Grey Tea Latte yang wangi semerbak dan berbuih.

4) Spicy Tuna Pie



Kulit pai yang rangup menutupi isi tuna pedas pasti membangkitkan rasa disaat berbuka puasa. Hidangan savuri ini sesuai dinikmati bersama Sparkling Teas yang ditambah fizz untuk memberikan kesegaran kepada campuran teh kegemaran anda, tanpa kalori tambahan!

Sepanjang bulan Ramadan dari sekarang hingga 25 Jun, pelanggan yang membeli mana-mana dua (2) minuman selepas pukul 8 malam boleh menikmati sajian pencuci mulut pilihan mereka secara PERCUMA!


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top