CLOSE
CLOSE

Resipi Ayam Nando's Jadi Viral, Anda Boleh Cuba Untuk Menu Berbuka Puasa

Nampak sama tapi bukan dia, tetap nampak lazat!


  • Share:

Resipi Ayam Nando's Jadi Viral, Anda Boleh Cuba Untuk Menu Berbuka Puasa
Gambar: Twitter @iiskandarnor

Sempat kami belek phone dan periksa media sosial semalam sementara menunggu waktu berbuka, lalu ternampak seorang jejaka ini berkongsi rahsia resipi ayam Nando's. Pemilik akaun Twitter @iskandarnor ini jelas menyatakan resipi ayam Nando's tersebut adalah copy ori. Selamat mencuba!

Resipi ayam Nando's copy ori

Bahan-bahan:

  1. Ayam (potong 4 bahagian, dihiris nipis atas kulit ayam)
  2. Bawang merah (5 biji)
  3. Bawang putih (5 ulas)
  4. Serai (2 batang)
  5. Cili merah (5 biji)
  6. Cili kering (8 tangkai) - direbus dulu
  7. Cili padi (Ikut suka tahap kepedasan anda)
  8. Halia (2cm)
  9. Kunyit hidup (2cm)
  10. Tomato (1 biji)
  11. Air perahan limau/lemon (Ikut suka tahap masam anda)
  12. Asam jawa (1 sudu teh)
  13. Sos tiram (2 sudu teh)
  14. Sos cili (4 sudu teh)
  15. Serbuk kari (1 sudu teh)
  16. Serbuk jintan putih (1 sudu teh)
  17. Serbuk jintan manis (1 sudu teh)
  18. Serbuk lada hitam (1 sudu teh)
  19. Susu sejat/santan (satu cawan)
  20. Kiub pati ayam (seketul)
  21. Serbuk cili 
  22. Garam dan gula secukup rasa
  23. Daun Ketumbar

Cara-cara membuat:

  1. Kisar segala bahan dari nombor 2 hingga 20.
  2. Perap ayam dengan bahan kisar tadi dan biarkan semalaman.
  3. Letak ayam beralaskan kertas aluminium ke dalam pemanggang.
  4. Tabur serbuk cili dan daun ketumbar.
  5. Masukkan dalam pemanggang pada suhu 180c selama 40 minit. Tengok jika ayam dan merah kekuningan, boleh keluarkan.
  6. Siap dihidang untuk dinikmati bersama keluarga ketika berbuka puasa.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top